Manchester City telah digantung daripada kejohanan terulung Eropah, Champions League selama dua musim kerana berlaku curang dengan peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab.
Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB) telah mendapati City telah melanggar peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab secara serius.
Juara bertahan Premier League itu digantung daripada Champions League bagi musim 2020/21 dan 2021/22 disamping denda sebanyak €30 oleh UEFA.
UEFA takes note of the decision of the independent Adjudicatory Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB), issued today, relating to Manchester City Football Club…
— UEFA (@UEFA) February 14, 2020
Ketika ini Pep Guardiola sangat terdesak untuk memecahkan tradisi Manchester City yang tidak pernah merasai gelaran juara Eropah itu.
Sudah pasti City akan membuat rayuan akan perkara ini untuk dilepaskan daripada hukuman atau diringankan.
Dalam kenyataan yang dibuat melalui laman sesawang rasmi mancity.com, kelab berpengkalan di Bandar Manchester itu tidak terkejut dengan keputusan UEFA.
CLUB STATEMENThttps://t.co/ueMFeLFowu
— Manchester City (@ManCity) February 14, 2020
Walaupun tidak terkejut City nyata kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan di mahkamah timbang tara antarabangsa(CAS).
Manchester City didapati bersalah membuat pemalsuan tajaan kerana tajaan yang diperoleh City disuntik oleh pemiliknya sendiri.
Dalam peraturan Financial Fair Play(FFP) pemilik pasukan hanya dibenarkan menyuntik dana dalam jumlah yang dibenarkan sahaja.
🗓 – Last week…
Pep: I dream about the Champions League!
🗓 – This week…
Manchester City banned from the Champions League for two seasons…😬 pic.twitter.com/6dj4XGqhEF
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 14, 2020
Selain itu Manchester City juga didapati bersalah oleh UEFA kerana pelbagai kesalahan lain termasuklah pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.
City telah membuat pemalsuan pendapatan penajaan dalam akaunnya yang dihantar kepada UEFA antara tahun 2012 dan 2016.
Kelab bimbingan Pep Guardiola itu juga telah gagal memberi kerjasama dalam siasatan yang dilakukan oleh Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB).
Maka dua tahun penggantungan itu adalah makan dia.
Tempat Ke-5 Akan ke Champions League
Jika Manchester City menamatkan saingan Premier League ditempat ke-4 teratas dan penggantungan yang dikenakan ini tidak dilayan oleh CAS maka pasukan tempat ke-5 akan layak.
Ini mengikat peraturan UEFA 4.08:
“Pasukan yang tidak diperakui oleh pertandingan akan diganti oleh pasukan yang berada dikedudukan terbaik yang seterusnya dalam pertandingan domestik di bawah persatuan yang sama.”
Jika tidak diangakat sekatan ke atas City maka perebutan tempat ke-5 untuk ke Champions League menjadi semakin sengit dan menarik.
Top f̶o̶u̶r̶ five contenders watching Manchester City get banned from the Champions League pic.twitter.com/7Zd8jr3IAr
— B/R Football (@brfootball) February 14, 2020