“Manchester Bersaudara”,Phil Foden Dan Mason Greenwood Kantoi Seludup Gadis Masuk Hotel

Dua pemain mida England, Phil Foden dan Mason Greenwood tidak akan bersama skuad kebangsaan England untuk perlawanan menentang Denmark pada hari ini, setelah kedua-dua pemain didapati bersalah membawa beberapa orang gadis ke hotel penginapan di Iceland.

Kedua-dua pemain membuat penampilan antarabangsa pertama dalam kemenangan ke ayas Iceland pada Sabtu – namun kini insiden memalukan tersebut telah membayangi debut pemain-pemain ini.

Pemain sepatutnya terikat dengan peraturan ketat berkaitan penularan wabak. Namun imej yang didedahkan oleh akhbar Iceland, DV menunjukkan Foden dan Greenwood melanggar protokol yang diberi.

Malah tindakan kedua-dua pemain turut melanggar peraturan yang ditetapkan oleh FA terhadap pemain ketika bersama pasukan untuk tugasan antarabangsa.

Dalam klip pendek yang tersebar, Foden dan Greenwood dilihat berpakaian latihan rasmi pasukan England, dan jelas sekali kedua-dua pemain kini perlu memberi penjelasan kepada pihak pengurusan.

Foden mempunyai teman wanita dan seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Manakala Greenwood pula sudah putus hubungan dengan teman wanita modelnya pada Mei lalu.

Beraksi di posisi tengah, Foden beraksi dalam kesebelasan utama untuk pasukan Gareth Southgate menentang Iceland pada Sabtu lalu. Greenwood pula tampil dari pemain bangku simpanan – untuk caps pertama kedua-dua pemain bersama The Three Lions.

Kedua-dua pemain tidak bersama rakan sepasukan yang lain dalam sesi latihan menjelang perlawanan menentang Denmark di Copenhagen pada Selasa akan datang.

Pengurus England, Gareth Southgate dijangka akan memberikan penjelasan kepada media pada malam ini (waktu Malaysia).

Salah seorang gadis di dalam video tersebut berkata kepada DV: “Kami tidak tahu mengenai peraturan (kawalan wabak). Mereka [Foden dan Greenwood] tidak pernah memberitahu kami.”

Salah seorang dari gadis tersebut turut mendakwa mempunyai hubungan dengan salah seorang pemain tersebut tanpa mahu mendedahkan pemain mana satu.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.