Man Utd Tuntut Penjelasan Selepas Rojo Hisap Rokok Ketika Lockdown

Manchester United dikatakan akan meminta penjelasan daripada Marcos Rojo selepas pemain itu melanggar peraturan lockdown di Argentina.

Rojo kini dipinjamkan untuk beraksi bersama Estudiantes sehingga ke akhir musim. Dalam satu rakaman yang dikongsi di media sosial – sebelum dipadam oleh adiknya Franco – Rojo dilihat bermain poker sambil menghisap rokok.

Perjumpaan Rojo bersama rakan-rakannya itu melanggar peraturan lockdown di Argentina yang dikuatkuasakan oleh Presiden Alberto Fernandez sehingga 10 Mei.

Lockdown di Argentina telah dilonggarkan dan penduduk dibenarkan bergerak dalam lingkungan 500 meter sahaja. Namun ia masih tidak membenarkan lawatan atau perhimpunan diadakan.

United mengesahkan mereka akan menghubungi pemain pertahanan berusia 30 tahun itu untuk memberi peringatan mengenai tanggungjawab beliau sebagai pemain.

Insiden tersebut tiba kurang seminggu selepas penyerang Everton, Moise Kean dikecam kerana mengadakan parti ketika lockdown di England.

Bintang Aston Villa Jack Grealish turut melanggar arahan lockdown kerajaan UK selepas menghadiri parti lewat malam di kediaman bekas rakan sepasukan Ross McCormack.

The incident comes less than a week after Everton striker Moise Kean was caught hosting a house party during lockdown in England.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.