Manchester United dilaporkan telah menolak tawaran untuk mendapatkan Kai Havertz setelah Bayer Leverkusen meletakkan tanda harga £71 juta untuk pemain itu.
Pemain muda Jerman itu kemudiannya melengkapkan perpindahan ke Chelsea pada Jumaat lalu setelah rundingan yang berjalan selama berbulan-bulan lamanya.
Man United dikatakan menolak untuk membawa Kai Havertz ke Old Trafford kerana melihat pemain itu sebagai alternatif kepada Jadon Sancho.
Sancho adalah pemain sasaran utama United di jendela perpindahan musim panas ini.
Man Utd snubbed Kai Havertz price tag as they opted to pursue £100m Jadon Sancho #mufc #ManUtd https://t.co/ZnbhNMkxWf
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) September 7, 2020
Borssia Dortmund bagaimanapun tidak berganjak dengan nilai £100 juta untuk pemain sayap England itu – nilai yang lebih mahal perlu dibayar jika United memilih Havertz.
Havertz menjaringkan 18 gol dari 45 penampilan untuk Leverkusen, manakala Sancho pula menghasilkan 20 gol dalam semua pertandingan musim lalu untuk Borussia Dortmund.
He’s here!
Welcome to Chelsea, @KaiHavertz29! 🔵#HiKai 👋
— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 4, 2020
United bagaimanapun gagal menyelesaikan rundingan menjelang tempoh tutup yang ditetapkan oleh Dortmund kerana mahu memberikan fokus terhadap pra musim.
Kelab dari Jerman itu sebelum ini mahukan Manchester United untuk mencapai persetujuan pada Ogos lalu.
Jadon Sancho to Man Utd is still not over yet but if Sancho doesn't join Man Utd this summer it is unlikely that Sancho will join Man Utd in the future. pic.twitter.com/bPl0ZeYnsH
— Man Utd Transfer News! (@Wrizzcoo__) August 29, 2020
Kegagalan Manchester United bersetuju dengan harga yang diberi oleh Dortmund mendorong kelab itu berkata Sancho tidak akan dijual pada musim panas ini dan akan fokus membantu pasukan itu untuk persiapan saingan musim hadapan.
Saingan Bundesliga di Jerman akan bermula pada 18 September, dan Dortmund akan menerima kunjungan Borussia Maonchengladbach sehari selepas itu.
Beberapa hari yang lalu Sancho berkata khabar angin beliau menyertai Manchester United hanya spekulasi dan alat yang dimainkan media semata-mata.