Man Utd Senaraikan Empat Pemain Untuk Ditandatangani Dengan Kelab Mahu Keluarkan Dana Bernilai £300 Juta

Manchester United dilaporkan bakal menyediakan dana yang sangat besar kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk membuat rombakan besar-besaran pada musim panas ini.

Selepas mengharungi satu lagi musim yang gagal, Manchester United bersedia untuk berjuang habis-habisan demi memastikan mereka bakal tampil berwajah baru musim hadapan.

Solskjaer sekali lagi gagal untuk menjulang Piala kejuaraan pertamanya sebagai pengurus United selepas kekalahan skuad kendaliannya bertemu Villarreal kemarin.

Setan merah tewas menerusi penentuan sepakan penalti bertemu Villarreal dalam aksi perlawanan akhir saingan Europa League.

Pengurus berasal Norway yang ketika ini berusia 48 tahun itu telah berdepan dengan kritikan yang sangat teruk dari para peminat selepas skuadnya mempamerkan rentak persembahan yang sangat mengecewakan di Poland.

Walaupun gagal untuk menjulang kejuaraan saingan Europa League, United berjaya mengakhiri saingan liga musim ini di kedudukan kedua, seterusnya mengesahkan tempat mereka untuk mara ke Champions League musim hadapan.

Terdapat laporan terbaru yang menyatakan bahawa Manchester United ketika ini sudah menawarkan kontrak baru kepada Ole Gunnar Solskjaer, dan turut menjanjikan sesuatu yang menarik.

Lembaga pengarah kelab berjanji akan memberi Ole Gunnar Solskjaer dana yang besar dan membenarkan beliau untuk menandatangani empat pemain baru pada musim panas nanti.

The Guardian melaporkan bahawa pengurus United itu mahu merombak semula skuad beliau dengan mendapatkan pemain tambahan di posisi pertahanan, midfield, sayap dan penyerang.

Solskjaer telah menyenaraikan pemain seperti Pau Torres, Declan Rice, Jadon Sancho dan Harry Kane sebagai sasaran utamanya.

United mungkin akan menyuntik dana bernilai £300 juta kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapatkan pemain yang beliau mahu, dengan setan merah juga mahu memastikan skuad depth United lebih berkualiti berbanding sekarang.

United menjangkakan mereka sudah hampir pasti untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho pada musim panas ini.

Setan merah meletakkan Harry Kane sebagai pemain sasaran utama mereka, namun tidak begitu yakin bakal mendapatkan bintang Tottenham Hotspur itu.

Sancho pada musim panas lalu telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester United, namun perpindahannya ke Old Trafford tidak menjadi kenyataan kerana Dortmund tidak mahu menurunkan tanda harga yang mereka tetapkan.

Walau bagaimanapun, kelab dari Bundesliga itu dijangkakan bakal menurunkan tanda harga untuk pemain sayap berusia 21 tahun itu pada musim panas ini.

Sementara Harry Kane pula ketika ini beliau baru saja mengejutkan ramai pihak terutama penyokong Spurs selepas mengumumkan keinginannya untuk meninggalkan kelab musim panas ini.

Bintang kebangsaan England yang ketika ini berusia 27 tahun itu telah berjaya memenangi gelaran kasut emas buat kali ketiga pada musim ini.

Beliau juga telah dikaitkan bakal menyertai Manchester United sebaik meninggalkan Spurs pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, Juara saingan premier league, Manchester City ketika ini merupakan pasukan pilihan untuk menandatangani Kane, selepas legenda terhebat sepanjang zaman mereka, Aguero akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Untuk Declan Rice pula, United tentunya akan berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu, yang mana setan merah mungkin memerlukan dana sehingga £100 juta untuk mendapatkannya.

Pemain terakhir yang menjadi sasaran United adalah Pau Torres yang mana bintang Villarreal itu juga telah dikaitkan bakal menyertai Man City pada musim panas ini.

Menurut The Guardian juga, United juga pada ketika ini sedang berunding dengan Real Madrid untuk mendapatkan pemain centre-back, Raphael Varane.

Kontrak Varane bersama Los Blancos akan berakhir pada 2022 dengan pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu dilaporkan bakal dijual dengan nilai £60 juta.

United juga ketika ini sedang melengkapkan urusan untuk membawa pulang Tom Heaton ke Old Trafford pada musim panas ini.

Bintang berusia 35 tahun itu telah menyertai Aston Villa sejak 2019 dan kontraknya bersama kelab akan berakhir pada bulan hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.