Man Utd Menang Pun Dengan Cara Parking Bas Dan Long Ball

Pengendali Manchester City Pep Guardiola telah mengutuk taktikal yang digunakan oleh Manchester United yang disifatkannya tiada seni dan tidak menunjukkan cerminan taktikal yang bagus.

Menurut Guardiola pasukan lawan mereka itu hanya berkampung di kawasan sendiri dan menunggu mereka melakukan kesilapan. Kemudian Manchester United akan menggunakan long ball untuk menyerang balas pasukannya.


Mereka main long ball

Ianya kemenangan yang dirasakan tidak adil oleh Guardiola kerana pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini adalah Manchester City. Namun mereka kalah dengan pasukan yang tidak komited dalam bermain bola sepak terbuka.

Pep Guardiola tanpa berselindung telah mengkritik corak permainan Manchester United yang parking bas serta bermain counter attack disulami dengan long ball.

Selepas tamat perlawanan Pep Guardiola memberitahu wartawan: “Kami hari ini bermain dengan baik. Corak permainan Kami sangat bagus.”

“Cuma malangnya kami melakukan beberapa kesilapan yang membuatkan kami dibolosi.”

“Pada separuh masa kedua kami menggunakan pendekatan yang sama di dalam permainan kami.”

“Pasukan kami telah bermain dengan lebih baik pada separuh masa kedua dan mengikut corak permainan yang kami mahu pamerkan.”

“Mereka Manchester United hanya berkampung di kawasan pertahanan sendiri sahaja. Dan Selepas itu mereka melakukan serangan balas dengan bola long ball ke arah Daniel James dan Anthony Martial.”

“Mereka menunggu kami melakukan kesilapan.”

Manchester City tewas di tangan manchester united dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford. Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 10 tahun pasukan Manchester City tewas di tangan manchester united dalam dua perlawanan liga dalam semusim.

Kekalahan itu menyaksikan pasukan Manchester City masih berada 25 mata di belakang Liverpool di dalam persaingan kejuaraan Liga. Dan mereka sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana Inggeris.

Gol gol Manchester United adalah menerusi Anthony Martial pada separuh masa pertama. Ianya adalah gol yang dicipta oleh Bruno Fernandes dengan satu sepakan percuma yang genius.

Gol kedua Manchester United pula hadir pada lewat perlawanan iaitu pada minit ketujuh masa kecederaan.

Gol itu berpunca daripada kesilapan Ederson yang melontar bola ke arah pemain lawan, Scott McTominay.

Pemain kebangsaan Scotland itu menggunakan kepantasan dan juga kehebatannya melakukan rembatan terus ke arah gawang yang ternganga.

Manchester City buntu sepanjang perlawanan dan tidak mampu menembusi benteng pertahanan lawan mereka yang disusun atur dengan sebaiknya oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Mereka jelas sekali merindui ketiadaan pemain seperti Kevin de Bruyne dengan David Silva.

Selepas ini Manchester City akan memberikan fokus kepada perlawanan menentang pasukan Arsenal. ianya adalah pertemuan pertama di antara Pep Guardiola dengan Mikel Arteta sebagai pengurus.

Jika Manchester City kalah dalam perlawanan menentang Arsenal, mereka akan membuatkan Liverpool hanya kurang satu kemenangan sahaja lagi daripada kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.