Man Utd Dominasi Senarai Young Player Of The Season

Trio serangan Manchester United, Marcus Rashford, Mason Greenwood dan Anthony Martial semuanya telah dicalonkan untuk Anugerah Pemain Muda Terbaik Tag Heuer pada musim ini.

Pemenang anugerah dimana semua calon telah disenaraipendek akan ditentukan oleh penyokong melalui undian.

Semua pemain yang berusia 23 tahun pada permulaan musim 2019/20 layak dicalonkan untuk anugerah ini.

Martial akan berusia 25 tahun pada penghujung tahun ini, namun masih layak bertanding berdasarkan peraturan tersebut.

blank

Pemain dari Perancis itu menjaringkan 17 gol di saingan Liga Perdana Inggeris, dan Rashford turut menjaringkan jumlah yang sama.

Manakala pemain remaja Mason Greenwood telah menjaringkan 10 gol sepanjang musim ini.

Seorang lagi pemain Manchester United dan menyerlah beraksi secara pinjaman dengan Sheffield United ialah penjaga gol, Dean Henderson.

Henderson yang kini mengancam posisi David de Gea selaku pemilik jersi No.1 Manchester United merekodkan 13 clean sheets sepanjang musim 2019/20.

Liverpool pula mempunyai seorang calon iaitu Trent Alexander-Arnold. Walaupun hanya dengan satu calon, bek kiri tersebut adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah tersebut setelah membantu Liverpool menamatkan kemarau penantian 30 tahun kejuaraan Liga Inggeris.

Beraksi di posisi bek kanan, Aleaxander-Arnold menghasilkan 13 assist untuk Liverpool pada musim ini di saingan liga.

Duo daripada Chelsea, Christian Pulisic dan Mason Mount turut disenaraikan sebagai calon untuk anugerah tersebut.

Pulisic menyerlah selepas saingan liga bersambung akibat penangguhan, manakala Mount turut mencuri tumpuan pada musim pertamanya di saingan Liga Perdana Inggeris.

Kapten Aston Villa, Jack Grealish yang menhasilkan lapan gol beserta 6 assist untuk membantu pasukannya kekal di saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan turut kekal.

Grealish turut berusia 25 tahun pada bulan hadapan.

Antara nama yang hilang dan tidak berada di dalam senarai adalah Bukayo Saka dari Arsenal, dan penyerang Chelsea,Tammy Abraham yang menjaringkan 15 gol liga pada musim ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.