Penyerang sensasi RB Leipzig, Timo Werner mengakui bahawa beliau kini sedang dalam proses mempertimbangkan untuk menukar angin dalam kariernya.
Tetapi pertimbangan itu perlu dibuat semasak masaknya.
Timo Werner dilihat bakal meninggalkan Leipzig musim hadapan walaupun sudah menandatangani lanjutan kontrak pada musim lalu.
Timo Werner sebelum ini pernah dikaitkan dengan Manchester United. Dan beliau mendedahkan dia tidak yakin Man United masih mampu bersaing di peringkat tertinggi pada kedudukan mereka yang ada kini.
Seterusnya Werner juga memuji Manchester City dan Liverpool yang memiliki pasukan yang bagus serta jurulatih yang baik.
Werner memberitahu wartawan: “Pada era profesional hari ini, terdapat dua variasi dalam bola sepak. pertamanya adalah menjadi sebahagian daripada pasukan seperti Liverpool dan Manchester City.”
“Mereka adakan pasukan yang bekerja dengan sebaiknya dan memiliki barisan kejurulatihan yang luar biasa.”
“Tetapi persoalannya,mahukah anda pergi ke pasukan seperti itu? Kerana situasi di sana membuatkan kamu rumit mahu menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.”
“Itulah perkara yang kamu kena tengok.”
“Dan satu lagi pasukan adalah pasukan yang perlukan perubahan besar. Kerana mereka baru sahaja memenangi beberapa piala. Tetapi mereka tidak mampu untuk bersaing di peringkat tertinggi lagi.”
“Bagi saya, Manchester United adalah salah satu daripada pasukan ini.”
Dengan itu, Timo Werner menegaskan beliau harus memikirkan semula jika mahu menyertai pasukan baharu seperti Manchester United ataupun lebih baik dia kekal sahaja di kelabnya sekarang.
Werner’s Choice:
“be part of a team like Liverpool or Man City. They have a good working team. The teams have also great coaches.”
Or
“teams which need some big changes … they are not able to compete on the highest level anymore. For me Man United is one of these teams.” pic.twitter.com/YIszqZACx2
— Parted Beard (@LIVERsuperPOOL) March 10, 2020
“Jadi, pada fasa karier saya sekarang ini. Saya harus bertanya kepada diri sendiri. Adakah saya nak menyertai pasukan yang baru seperti ini ataupun terus kekal bersama pasukan saya sekarang dan mencipta sesuatu yang hebat.”
🗣 Timo Werner: "(There) are teams which need some big changes, because they just won a few big titles, but they are not able to compete on the highest level anymore. For me Manchester United is one of these teams. I’m asking myself: Do I want to build something new?” #mufc [Sky]
— United District (@UtdDistrict) March 10, 2020
Timo Werner baru sahaja meraikan harijadinya ke-24 dan sudah bermain dalam. 36 perlawanaan musim ini dalam semua pertandingan.
Beliau sudah menjaringkan 27 gol dan mencipta 12 Assist untuk pasukannya. Membangun Leipzig mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah.
Timo Werner menjadi sasaran banyak pasukan di Eropah pada ketika ini. Beliau merupakan antara penyerang yang sangat bagus serta menjadi penyerang pasukan kebangsaan untuk negaranya.