Man United Pertimbang Tawar Kontrak 2 Tahun Untuk Sergio Ramos

Manchester United dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kontrak selama dua tahun kepada pemain pertahanan tengah Real Madrid, Sergio Ramos.

Ramos menyertai Madrid sejak 2005 dan merupakan kapten pasukan. Namun kontrak pemain itu di Santiago Bernaberu akan tamat pada musim panas akan datang.

Laporan dari Sepanyol mendedahkan Ramos gagal mencapai persetujuan kontrak baharu untuk kekal bersama Los Blancos.

Media di Sepanyol Calciomercato mendedahkan Manchester United kini menjadi kelab terkini yang berminat untuk mendapatkan pemain berusia 34 tahun itu.

Madrid juga menyedari nilai yang dimiliki oleh Ramos namun dikatakan enggan memberikan kontrak sehingga 2024 seperti yang dipinta pemain itu.

Setakat ini Real Madrid telah menawarkan kontrak bernilai £13.4 sethun, namun tidak mendedahkan tempoh kontrak yang ditawarkan.

Ia bukan kali pertama Ramos dikaitkan dengan perpindahan dari Madrid, dan juga bukan kali pertama dikaitkan dengan Man United.

Pemain itu sebelum ini pernah menjadi sasaran Man United ketika era Louis Van Gaal tetapi perpindahan tersebut tidak pernah berlaku.

Hari ini The Red Devils memiliki Harry Maguire dan Victor Lindelof sebagai gandingan utama di bahagian pertahanan tengah.

Adakalanya posisi itu turut diisi oleh Eric Bailly dan Alex Tuanzebe yang kerap mengalami kecederaan, manakala Phil Jones dan Marcos Rojo dilihat sudah tidak mempunyai masa depan di Old Trafford.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.