Man United Keluarkan Baju Naga Sempena Tahun Baru Cina

Manchester United mengambil langkah yang sangat baik dalam usaha mereka mahu meraikan peminat mereka yang merayakan Tahun Baru China.

Ini dengan mengeluarkan baju khas dengan tema naga sempena tahun baru Cina yang akan datang.

Manchester United rasminya telah mengeluarkan baju naga untuk Tahun Baru Cina. Sebelum ini berapa laporan sudah menyatakan tentang renca Manchester United ini.

Beberapa bulan lalu footyheadline sudah membocorkan rekaan baju yang akan dihasilkan oleh Manchester United sempena tahun baru Cina ini.

Ini adalah imej yang dikongsikan oleh footyheadline. Ianya jelas sekali memang sama dengan rekaan yang dikeluarkan pada kali ini.

Dan kini sudah ramai peminat Manchester United dari seluruh dunia yang sudah tidak sabar mahu mendapatkannya kerana corak dan rekaan cantik.

Edisi khas ini menyaksikan ia lebih cantik dan mengancam. Pelancaran baju tahun baru cina lebih awal daripada pelancaran jersi pasukan yang dijangka pada Januari akan datang.

Kali ini Adidas, Manchester United dan EA Sports bergabung untuk menghasilkan baju khas festival tahun baru Cina kali ini.

Selain daripada Man United, pasukan lain di bawah tajaan Adidas juga akan ada baju tahun baru cina khas ini, seperti
Real Madrid, Bayern dan Arsenal.

Sebagai tambahan, kali ini beberapa jenis baju lagi dikeluarkan termasuk jaket, sweater, dan baju t.

Ianya tersedia untuk anda miliki di gedung rasmi Manchester United.

Ianya adalah satu edisi yang tidak harus lepaskan oleh peminat Manchester United.

Manchester United merupakan salah sebuah kuasa besar dalam publisiti di dalam bidang sukan. Jadi, apa sahaja yang mereka lakukan berkaitan dengan produk dan pemasaran pasti akan menjadi bualan.

Pada 2011 Man United dilaporkan memiliki peminat sekitar 659 juta di seluruh dunia. Ianya peningkatan yang sangat besar berbanding dengan 333 juta pada 2006.

Oleh itu, kelab Manchester United sentiasa mementingkan hubungan dengan ramai pihak dari pelbagai negara di seluruh dunia. Mereka mahu menjadikan Manchester United sebagai kelab yang sentiasa diminati ramai.

Jadi peminat di luar Manchester antara sasaran utama mereka dalam usaha mendapatkan keuntungan lebih tinggi daripada penjualan produk kelab.

Manchester United mahu terus mengukuhkan kuasa publisiti mereka di kalangan peminat di China. Kerana banyak tajaan dan peminat mereka di sana.

China merupakan kuasa ekonomi dan banyak peminat mereka yang mengikut EPL terutama sekali Manchester United.

blank

China merupakan antara negara yang menyumbang wang sangat besar kepada sukan seperti bola sepak, NBA dan sebagainya.

Dengan mengeluarkan baju naga edisi khas ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan Manchester United dengan peminat Cina.

Jadi korang boleh melawati gedung Adidas dan Manchester United. Harga baju ini dikatakan sekitar RM389.00. Harga yang sangat berbaloi untuk anda dapatkan baju eksklusif ini.

Amacam on tak on?

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.