Man City Troll Diri Sendiri Ketika PKP

Manchester City telah mengtroll diri mereka sendiri apabila meraikan kekalahan 8-1 di tangan Middlesbrough, dalam aksi yang berlangsung di Riverside pada 12 tahun yang lalu.

Dalam keadaan England yang lockdown / MCO pada hari ini, admin mereka mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat untuk kekal duduk di rumah sambil menikmati ramuan lawak daripadanya.

Richard Dunne dibuang padang pada minit ke-15, membolehkan Stewart Downing membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti.

Downing menambah satu lagi gol pada perlawanan tersebut. Penggempur berbisa, Afonso Alves berjaya meledak hatrik, sementara 3 lagi gol adalah menerusi Adam Johnson, Fabio Rochemback dan Jeremy Aliadiere, melengkapkan sejarah hitam pasukan Manchester City yang diingati penyokong mereka selamanya kecuali mereka yang berada di Malaysia dan beberapa negara lain di luar England.

Ini kerana mereka hanya kenal dan minat dengan City selepas berlambak bintang masuk dan kemudian memetik mana mana nama pemain cult hero Man City lalu menyatakan: Aku dah lama minat City zaman Ireland lagi.

Alfonso Alves menjadi pemain Brazil yang pertama menjaringkan hatrik di dalam Liga Perdana Inggeris. Beliau langsung tidak ada belas kasihan ke atas pasukan City yang ketika itu dibimbing bekas pengendali England, Sven Goran Erikson.

Elano menjaringkan  jaringan tunggal untuk pasukannya Manchester City. Dan ia memang gol yang cantik daripada pemain tengah dari Brazil itu. Itulah satu satunya perkara yang bagus pada hari itu buat penyokong Man City.

Selepas 12 tahun peristiwa itu, Manchester City telah mengtroll diri mereka sendiri dengan membanggakan gol tunggal Elano di dalam perlawanan itu. Menjadikan seluruh warga maya tergelak ketawa melihat kelakuan pasukan yang baru up kerana duit pak Arab.

Tidak ada seorang pun pemain Man City yang beraksi di kesebelasan utama pada hari itu masih ada di dalam pasukan. Joe Hart yang merupakan pemain simpanan ketika itu telah menjadi pemain penjaga gol no.1 City beberapa tahun selepas itu dan membantu kelabnya menjulang 2 kejuaraan liga.

Namun kalau dilihat kepada pasukan Boro pada hari itu, memang boleh tahan ranum dan sedapnya. Tuncay Sanli adalah legenda Turki bersama dengan peledak padu Alfonso Alves.

Selepas mendapat pelaburan daripada billionair Arab, Manchester City tiba tiba menjadi kuasa bola sepak yang digeruni. Mereka mulai menjadi pasukan yang menawan bandar Manchester dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan beberapa kali menjadi juara Inggeris.

Ramai bintang yang masuk ke dalam pasukan dan menjadikan mereka sukar ditandingi.

Pada hari ini mereka diuruskan pengurus terbaik di dunia, Pep Guardiola yang telah membentuk pasukan yang mantap dan menceriakan bumi ini.

Namun misi utama mereka adalah untuk memenangi Liga Juara Juara Eropah yang masih belum ada dalam kabinet mereka.

Malangnya baru baru ini mereka terkantoi melakukan kecurangan dalam penajaan. Di mana mereka menipu jumlah tajaan untuk membolehkan mereka terus berbelanja besar.

Man City digantung dua tahun daripada pentas Eropah. Tetapi mereka masih dalam proses rayuan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.