Harry Kane dan Erling Haaland antara penyerang handalan yang dikaitkan dengan Manchester City sebagai calon pengganti Sergio Aguero.
Manchester City telah menyenaraikan empat pemain yang bakal mereka pilih untuk ditandatangani sebagai pengganti legenda kelab, Sergio Aguero.
Bintang Argentina itu bakal meninggalkan City selepas mengharungi karier 10 tahun yang sungguh mengagumkan pada penghujung musim ini nanti.
Man United and Man City warned Erling Haaland would "need time to adapt" in the Premier League #MUFC #MCFC https://t.co/d2ZkPsnISy
— talkSPORT (@talkSPORT) May 13, 2021
Pihak kelab akan memberi suntikan dana kepada Pep Guardiola kerana beliau sepertinya sangat memerlukan calon pemain untuk menggantikan Aguero.
Menurut sumber laporan The Times, pengurus dari Sepanyol itu telah menyenaraikan empat pemain untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Harry Kane, Erling Haaland, bintang Inter Milan, Lautaro Martinez dan penyerang utama Eintracht Frankfurt, Andre Silva merupakan empat pemain yang sedang dalam pemerhatian Pep.
Kane ketika ini sudah berusia 27 tahun dan beliau merupakan calon pemenang anugerah kasut emas saingan premier league musim ini selepas menjaringkan 21 gol dalam aksi saingan liga.
Masa depan beliau bersama kelab ketika ini masih samar-samar dan Kane sendiri pernah mengakui bahawa beliau bakal meninggalkan kelab seandainya Tottenham gagal untuk mara ke saingan Champions League musim hadapan.
Manchester City, Chelsea & Liverpool Keeping Tabs On Inter's Lautaro Martinez, UK Media Report #InterMilan #FCIM https://t.co/4yoyhv9jay
— Inter Fans (@InterWhatsup) May 13, 2021
Peluang untuk Tottenham Hotspur mara ke saingan Champions League musim hadapan sepertinya sangat malap begitu jugalah dengan masa depan Kane.
Haaland pula berjaya mengekalkan rentak persembahan terbaiknya dengan cemerlang meledak 39 gol dalam semua pertandingan bersama Borussia Dortmund musim ini.
Aksi hebat yang beliau pamerkan menyebabkan Haaland kini menjadi buruan kelab-kelab gergasi dunia yang sangat berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
Manchester City juga ketika ini sedang memantau perkembangan pemain seperti Lautaro Martinez dan Andre Silva.
Jendela perpindahan musim panas ini bakal menjadi sesuatu yang sangat besar untuk The Citizens memandangkan mereka mahu menguatkan skuad sedia ada bagi mencapai lebih banyak kejuaraan pada musim baharu nanti.
Menandatangani pemain di posisi penyerang merupakan satu hal terpenting yang perlu dilakukan oleh City demi memastikan mereka mencapai lebih banyak kejuaraan pada musim akan datang.
Menurut The Times, Pep Guardiola memasukan empat striker dalam daftar transfernya musim panas ini 👇
🏴 Harry Kane
🇦🇷 Lautaro Martinez
🇳🇴 Erling Haaland
🇵🇹 Andre SilvaSiapa yang harus diboyong Manchester City? 🤑 pic.twitter.com/gGWHokva73
— Goal Indonesia (@GOAL_ID) May 14, 2021
Berbalik kepada Kane, legenda Newcastle United, Alan Shearer sendiri telah menasihati beliau supaya meninggalkan Spurs andai mahu memenangi Piala dalam kariernya.
“Saya meninggalkan Blackburn semusim selepas kami memenangi Piala dan kami hampir tidak berjaya menjulang Piala sehingga membuat saya pening kerana saya mahu melakukannya kemudian teruskan dan melakukan sesuatu.”
“Jika Harry mahukan alasan, Tottenham sudah berikan dia alasan itu kerana mereka gagal dalam perlawanan akhir dan mereka gagal dalam saingan liga.”
Manchester City'nin forvet transferi için belirlediği adaylar ⚽️ via @TimesSport
🇳🇴 Erling Haaland
🏴 Harry Kane
🇦🇷 Lautaro Martinez
🇵🇹 Andre Silva pic.twitter.com/hdTsZJ1mkD— ManCity Türkiye (@ManCityTurkiye) May 12, 2021
“Jika saya dalam posisi dia, saya akan pergi ke tempat lain dan cuba memenangi Piala bersama pasukan baru.”