Man City Mahu Menandatangani Grealish Dengan Rekod Perpindahan Terbesar

Manchester City dalam usaha mereka untuk menandatangani Jack Grealish dan bersedia untuk menjadikan beliau pemain Inggeris pertama dibeli dengan nilai £100 juta.

Juara saingan Premier League musim ini, Man City dilaporkan telah menjadikan Grealish sebagai pemain midfield sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas ini.

Grealish yang ketika ini berusia 25 tahun telah mencetuskan pelbagai spekulasi berkait masa depannya dalam kancah saingan Liga Perdana Inggeris.

Beliau menjadi rebutan kebanyakkan kelab dengan Manchester City dan Manchester United merupakan pasukan paling berminat untuk menandatanganinya.

Walau bagaimanapun, The Citizens sepertinya akan menewaskan United dalam perebutan untuk mendapatkan Grealish, dengan menawarkan yuran perpindahan yang tidak masuk akal.

Manchester City akan menawarkan rekod yuran perpindahan tertinggi untuk dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Paul Pogba sebelum ini ditandatangani dengan yuran perpindahan memecah rekod bernilai £89 juta pada tahun 2016, dan ia masih kekal sebagai rekod perpindahan tertinggi dalam saingan premier league.

Rekod pemain termahal yang pernah ditandatangani oleh Manchester City adalah Ruben Dias yang ditandatangani dari Benfica dengan nilai £64 juta pada musim panas lalu.

Pep Guardiola sepertinya sangat berminat untuk mendapatkan Grealish yang telah mempamerkan aksi permainan sungguh menakjubkan pada awal musim lalu bersama Aston Villa.

Walau bagaimanapun, beliau perlu bersaing dengan Ole Gunnar Solskjaer yang turut digesa oleh ramai pihak supaya menandatangani Jack Grealish.

Bekas pembantu Sir Alex Ferguson, Rene Meulensteen menggesa Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapatkan Grealish pada musim panas ini.

Beliau yakin setan merah seharusnya menjual Paul Pogba dan menggunakan dana yang diperoleh untuk menandatangani Jack Grealish.

“Saya rasa dengan perwatakan Pogba yang sudah boleh dijangka. Saya tak rasa dia boleh hidup dengan semua itu di sini atas apa-apa alasan sekali pun.”

“Jadi, jika saya mampu, saya akan jual dia dan gunakan dana yang saya dapat untuk bina semula pasukan dengan baik.”

“Masalah lain adalah Pogba tak pernah secara terbuka menunjukkan pada peminat bagaimana komitednya beliau terhadap kelab, bagaimana dia betul-betul mahu bermain untuk kelab ini. Ini masalah besar bagi saya.”

“Declan Rice bagi saya merupakan pemain muda yang berbakat, tapi bermain untuk Man Utd adalah berbeza dengan bermain di luar. Kamu perlu selalu tampil dengan bagus.”

“Saya sendiri tak yakin dia sesuai untuk Manchester United, banyak lagi nama lain yang dicalonkan.”

“Pemain seperti Grealish, dia ada DNA yang sesuai untuk main bersama Man United dan perwatakan dia dia tentu akan tunjukkan sesuatu yang boleh beri kelainan kepada kelab. Dia pemain yang bagus, dia handal menggelecek dan dia selalu mencipta ruang untuk dirinya sendiri.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.