Man City Buat Blunder, Umum Dias Tapi Suruh Peminat Bermesra Dengan Koulibaly

Pening juga nak memikir pekara di sebalik pembelian Ruben Dias oleh Manchester City. Soalannya, adakah kelab The Citizen sebenarnya nak bagitau semua orang betapa hampirnya mereka membeli Kalidou Koulibaly?

Apa kaitan dengan Dias? Begini ceritanya.

Seperti biasa selepas mengesahkan mana-mana pembelian, pihak kelab akan meletakkan artikel di dalam laman sesawang rasmi sebagai pengesahan kepada para penyokong.

Anehnya dalam satu artikel yang sepatutnya digunakan untuk memperkenalkan pemain baharu mereka, Ruben Dias, Manchester City melalui sesawang mereka mengajak peminat untuk meninggalkan soalan untuk Kalidoi Koulibaly.

Di bahagian bawah artikel tersebut, tertera satu hyperlink bertajuk: ‘CITYZENS: NEW SIGNING – Ask Kalidou Koulibaly a question’.

Dias yang disahkan sebagai pemain Citu apda petang Selasa menandatangani kontrak selama enam tahun dengan perpindahan bernilai £62 juta dari Benfica.

Sebagai sebahagian dari urusniaga, Nicolas Otamendi turut terlibat  di dalam pertukaran pemain untuk mendapatkan Dias.

Sebelum ini Presiden Napoli, Aurelio de Laurentis mendedahkan Man City sememangnya pernah menunjukkan minat untuk mendapatkan Kaulibaly.

Namun kedua-dua kelab gagal mencapai kata sepakat mengenai harga pemain tersebut, dan hakikat Napoli turut telah membenarkan Jorginho menyertai Chelsea dan bukan City pada 2018.

Walaupun City sudah mendapatkan Dias, jurulatih Napoli, Gennaro Gattuso masih lagi risau bakal kehilangan Koulibaly selagi jendela perpindahan pemain tidak ditutup.

PSG dilaporkan berminat untuk pemain pertahanan dari Senegal itu sebagai pengganti kepada Thigo Silva yang telah ke Chelsea.

Manchester United dan Liverpool turut dikaitkan dengan pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini

“Saya berharap beliau kekal bersama kami kerana pemain seperti Koulibalu memberi kami kelebihan dari segi teknikal dan karakter,” kata Gattuso kepada Sky Sportu Ilaia selepas Napoli membelasah Genoa 6-0 pada Ahad lalu.

“Dunia sudah berubah akibat pandemik dan saya sedar setiap kelab perlu menyeimbangkan kewangan masing-masing. Saya harap pangilan [telefon] itu tidak terjadi, tetapi saya tetap risau dan cemas selagi pintu perpindahan belum tamat.”

Kemaraan Manchester City sehingga ke suku akhir Champions League pada musim lalu bermakna perlawanan pertama Premier League skuad kendalian Pep Guardiola diberikan tempoh rehat lebih panjang.

City memulakan kempen musim ini dengan kemenangan 3-1 ke atas Wolves, sebelum mengatasai Bournemouth 2-1 di Piala Carabao.

Bagaimanapun, skuad kendalian Guardiola dikejutkan dengan kekalahan 5-2 ke atas Leicester Citu pada hujung minggu lalu dengan gandingan pertahanan tengah Nathan Ake dan Eric Garcia gagal membendung kerakusan Jamie Vardy.

Pemain veteran itu menhasilkan hatrik untuk memberikan City kekalahan di awal kempen sekali gus memberikan tekanan buat Pep Guardiola.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.