Mengejutkan! Itulah reaksi ramai penyokong bola sepak Malaysia yang teruja dengan persaingan diberikan anak muda Malaysia kepada skuad Korea Selatan dalam saingan Piala Asia Bawah 23 tahun.
Malaysia ketinggalan terlalu awal dalam perlawanan ini selepas percubaan pertama Korea Selatan ketika perlawanan baru 13 saat terus tepat di jaring.
Namun apa yang mengejutkan adalah, Malaysia memberikan respon yang sangat baik dengan cuba mengawal lebih banyak bola di kaki mereka,
Mendesak pemain-pemain Korea Selatan bertahan sehingga ke bawah. Pada separuh masa pertama, Malaysia mendominasi 56% perlawanan.
Bersambung babak kedua, Datuk Ong Kim Swee memasukkan beberapa pemain baru untuk memberikan kecergasan kepada pasukan.
Thanabalan membuatkan seluruh negara kita bergema dengan sorakan gol pada minit ke-67. Satu hantaran cross yang menarik daripada Safawi Rasid.
Safawi Rasid menjadi masalah utama Korea Selatan dengan aksi cemerlang beliau. Menyumbang banyak percubaan tepat ke arah gol lawan.
Korea Selatan segera mengubah taktik mereka kerana tidak mahu diheret ke masa tambahan. Satu permainan berpasukan sempurna mereka lakukan untuk membolehkan Hang Seung Gyu menjaringkan gol lewat perlawanan.
Malaysia gagal membalas gol itu. Perlawanan tamat 2-1 berpihak Korea Selatan.

Namun aksi Malaysia telah berjaya memenangi hati ramai peminat bola sepak tempatan yang tidak menyangka mereka boleh bermain secara kompeitif dengan pasukan seperti Korea Selatan.
Ini meletakkan tanda aras yang tinggi kepada pasukan B-23 akan datang. Penyertaan debut, Malaysia berakhir dengan kedudukan 8 terbaik Asia.
Walaupun sedih dengan keputusan kalah, tetapi kita semua bangga dengan corak permainan anak muda Malaysia dalam perlawanan ini.
Tahniah Malaysia di atas kempen yang hebat kali ini berhadapan dengan jagoan Asia yang lain.