Apa sudah jadi dengan skuad Nelo Vingada. Sang profesor masih belum menang sebarang perlawanan sejak mengambil alih pasukan Malaysia.
Sebentar tadi perkhabaran duka dari bumi Siam diterima seluruh peminat fanatik skuad Malaysia. Malaysia kalah lagi dengan keputusan 4-1 di tangan Korea Utara.
Jumlah jaringan yang sama dengan yang berlaku sebelum ini. Lebih menarik Safawi Rasid sekali menjaringkan gol pada saguhati pada babak akhir perlawanan. Bintang sensasi Korea Utara, Kim Ju Song menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini.
Nelo Vingada menurunkan kesebelasan yang berwajah baru. Namun agak mengejutkan, tiada seorang pun pemain juara Liga Super dan Piala Malaysia, JDT dalam kesebelasan beliau kali ini. Mungkin mahu memberikan peluang kepada pemain lain kerana secara matematiknya, Malaysia sudah pun gagal untuk mara ke pusingan seterusnya.
Malaysia mengutip 3 kad kuning dalam perlawanan ini dan Korea Utara hanya 1. Kemenangan Korea Utara ini membuatkan mereka terus mengekori rapat Lubnan untuk persaingan menjadi juara kumpulan B.
Malaysia akan pulang ke tanah air selepas ini dan TMJ dikatakan mahu berjumpa Nelo Vingada.