Manchester United memecahkan rekod perpindahan dunia untuk bek tengah, bagi mendapatkan Harry Maguire. Man United membayar £80 juta untuk pemain kebangsaan England itu.
Maguire menjadi pemain yang digemari di Old Trafford selepas beliau dilihat berjaya memperbaiki kualiti pertahanan Manchester United.
Namun tidak semua ‘Red Devils’ mengagumi Maguire. Misalnya Roy Keane. Menurut Keane, Harry Maguire bukan pertahanan yang bagus.
Ini kerana Maguire tidak ada variasi di dalam permainan beliau ketika bertahan. Lantas, Keane berpendapat, Maguire merupakan bek tengah yang senang dibuli oleh penyerang.
Keano berkata: “Saya rasa dia melakukan tugasnya dengan baik. Kita bercakap tentang betapa bagusnya Maguire ketika ada bola. Namun secara defensifnya, masih saya rasa….. saya masih ada beberapa tanda soal untuk beliau.”
Doubts about Man Utd's £80m man already? 😟https://t.co/YMdcm1HPWC
— Goal News (@GoalNews) September 8, 2019
“Saya sentiasa risau dengan kepantasan beliau selepas melakukan putaran (turn). Saya ingat lagi, gol pertama Crystal Palace. Beliau tidak melakukan perkara asas, iaitu melakukan ‘covering’ kepada rakan bek tengah beliau yang lain.”
“Jika saya adalah seorang penyerang, saya sangat gemar bermain menentang seorang pertahanan seperti Harry Maguire. Beliau jelas sekali tidak ada kelajuan, dan lemah dalam posisi serta meramalkan bahaya yang bakal tiba. Jadi, amat mudah berhadapan dengan beliau.”
Roy Keane:
🗣 “If I was a striker, I would love to be playing against someone like Harry Maguire. He clearly lacks speed and hasn’t got the positional awareness to anticipate the danger so it’s easy to play against him.”
This bloke is on one. 😂 pic.twitter.com/7GQHaG0Dou
— Football Tweet (@Football__Tweet) September 9, 2019
“Dengar sini, beliau 26 tahun dah sekarang ini. Anda risau dengan menggariskan perkara ini daripada beliau.”
Kenyataan Keane ini pastinya tidak disenangi oleh ramai pihak. Namun Roy Keane memang dikenali dengan mulut puakan beliau dalam bercakap.