Manchester United telah disingkirkan dari pertandingan Europa League selepas dimalukan Sevilla dengan jaringan 2-1 pada awal pagi tadi.
Kekalahan itu juga bermakna satu lagi musim tanpa sebarang kejuaraan buat United, dan ia juga merupakan musim pertama United dikendalikan satu musim penuh oleh Ole Gunnar Solksjaer.
United dihukum setelah beberapa peluang keemasan gagal disempurnakan, dan seperti bukan perkara baharu, bahagian pertahanan turut melakukan kesilapan bertaraf amatur.
Tatkala Anthony Martial terlepas beberapa peluang keemasan, Brandon Williams dan Aaron Wan-Bissaka hanya dilihat membantu Sevilla memperolehi gol yang mereka cari.
Harry Maguire's defensive awareness is on another level.pic.twitter.com/9WhVM97B2M
— RG™ (@AFCRahul_) August 16, 2020
Talking point lain yang turut menarik perhatian adalah apabila Harry Maguire kelihatan seperti memandang ke arah lain untuk mengarahkan Williams melakukan hadangan terhadap hantaran silang yang menjurus kepada gol pertama Sevilla oleh Suso.
Turut tular di media sosial ialah Maguire dikatakan sedang mengawal gerakan rakan sepasukan, Williams. Atau adakah Maguire sedang melakukan No-Look Defending?
Sebenarnya ada penerangan terhadap posisi dan keadaan gambar yang dijadikan meme di media sosial ini.
Prestasi Maguire sepanjang musim ini tidaklah teruk. Malah kehadirannya pada musim ini telah membantu United secara ketara di bahagian pertahanan.
This is the first goal Maguire could have probably caught up with it but what is he looking at his defence awareness is so low and you blame lindelof every time….he cost us but every is because of maguire #OleOut pic.twitter.com/W0W6vvL1x8
— Silver Atkins (@AtkinsSilver) August 17, 2020
Ianya adalah perkara biasa untuk seorang bek tengah mengarahkan pemain pertahanan lain terutama bek kiri/kanan untuk melakukan cover-up terhadap bola lintang yang dilakukan lawan.
Ini membenarkan Maguire sendiri untuk menghalang penyerang lawan melakukan asakan di bahagian tengah – jika ada.
Maguire adalah pemain yang beraksi paling kerap dengan minit perlawanan tertinggi di eropah pada musim ini. Maguire juga adalah salah seorang pemain berada dalam Top 5 yang memenangi hadangan terbanyak, memiliki sentuhan bola tertinggi dan pemain pertahanan paling banyak menyimpan bola berdasarkan data dikeluarkan FBRef pada musim ini.
Namun kerana beliau adalah pemain termahal dunia, dan merupakan pemain Manchester United, prestasi Maguire hanya dipandang sinis kebanyakkan penyokong kasual/ pasukan lain.