Pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire mahu Manchester United menjadi angkuh kembali, sama seperti dahulu.
Maguire berpendapat, Machester United tidak mengeluarkan keangkuhan dalam beberapa perlawanan musim ini, terutama sekali ketika seri berhadapan dengan Southampton.
Manchester United gagal menggunakan kelebihan seorang pemain, dan gagal, sama ada untuk menambah gol mahupun mempertahankan 1 gol pendahuluan mereka.
Manchester United mendahului Southampton pada awal separuh masa pertama. Namun mereka dibolosi pada separuh masa kedua.
Kini mereka sudah 3 perlawanan berturut-turut tanpa sebarang kemenangan.
Maguire mendapati Manchester United tidak cukup angkuh ketika beraksi, walaupun mereka sudah mengembalikan semula corak permainan berasaskan attacking football.
Selepas tamat perlawanan, Maguire berkata: “Ini adalah satu lagi perlawanan yang kami sepatutnya menang. Kami mencipta majoriti daripada peluang gol. Malangnya kami keciciran 2 mata.”
“Kami bermain bola sepak berasaskan serangan, namun jangan salah tafsir kenyataan saya, kami masih mampu untuk bermain dengan lebih baik, terutama sekali ketika menguasai bola.”
Maguire wants to see more arrogance from his teammates #mufc https://t.co/FRbWyAQhNs
— Man United News (@ManUtdMEN) September 2, 2019
“Kami kehilangan bola banyak sekali, terutama sekali pada akhir babak pertama dan separuh masa kedua.”
Maguire kemudiannya menyeru agar rakan-rakannya menunjukkan rasa angkuh mereka terutama sekali ketika sedang memiliki bola.
“Kami harus perbaiki perkara itu. Kami perlu keluarkan keangkuhan kami apabila memiliki bola, menjadi lebih yakin ketika kami sedang mengawal bola.”
Harry Maguire 🗣
"We were too sloppy and we need to improve on that and show arrogance and be confident on the ball. We're Man United – we want to control games. There were spells where we didn't control the game, and we got punished."#MUFC pic.twitter.com/vXGdVWD5HN
— Premier Punt (@PremierPunt) September 2, 2019
“Kami Manchester United, dan kami mahu mengawal perlawanan.”
Harry Maguire kini bersama skuad kebangsaan England, sempena tugasan antarabangsa. England akan berhadapan dengan Bulgaria dan Kosovo dalam kempen kelayakan ke Euro 2020.
Maguire merupakan pemain penting dalam skuad Southgate.