Real Madrid pernah berminat untuk menandatangani Lionel Messi dengan menawarkan €250 juta untuk pemain kebangsaan Argentina itu.
Namun, pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu dengan lantangnya meminta Real Madrid untuk mengundurkan diri dan jangan membuang masa.
Legenda Barcelona itu telah menjadi penghalang serta masalah utama untuk the los blancos sejak debutnya pada tahun 2004 yang lalu.
The shocking offer from Real Madrid that Lionel Messi rejected https://t.co/6gqfm5O6SM
— Muhamadbasim (@muhamadbasim1) October 15, 2020
Madrid sangat berminat untuk menandatangani perjanjian bersamanya pada tahun 2013 yang lalu dan menurut sumber laporan dari A Bola, Los Blancos bersedia untuk membayar Messi €450,000 seminggu.
Walau bagaimanapun, Messi secara peribadinya langsung tidak berminat untuk menyertai Madrid dan telah menolak tawaran tersebut dengan menyatakan:
“Saya tidak akan berminat, jangan buang masa.”
Real Madrid ketika itu telah menyediakan kontrak perjanjian selama lapan tahun dan ayah kepada Messi, Jorge akan menerima bayaran bernilai €16 juta.
Sekiranya Messi menyertai Madrid pada ketika itu, pastinya pasa peminat akan menyaksikan gandingan beliau bersama seterunya, Cristiano Ronaldo dan membentuk gandingan paling handal di dunia.
Bintang berusia 33 tahun itu telah dikaitkan bakal meninggalkan Nou Camp pada jendela perpindahan musim panas lalu, kerana mempunyai masalah dengan kepimpinan kelab.
[ElChiringuito] If messi wants to leave Barcelona,Florentino Perez will offer Messi to RealMadrid with good salary in the club.🤣
.#realmadrid pic.twitter.com/av0SgDEcfa— DailyBlancos (@DBlanco118) August 20, 2020
Manchester City dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya dan Messi sendiri turut menyatakan minatnya untuk kembali bekerjasama dengan bekas pengurusnya, Pep Guardiola.
Namun dek kerana dalam kontrak Messi masih ada klausa perlepasan bernilai €700 juta itu, maka beliau membuat keputusan untuk terus kekal bersama kelab untuk tempoh setahun lagi.
Bekas rakan sepasukannya, Carles Puyol telah mengucapkan selamat kepada Messi ketika bintang Argentina itu menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Nou Camp.
Namun selepas Messi membuat keputusan untuk kekal, Puyol turut mengharap agar pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu untuk membantu kejayaan kelab pada musim ini.
“Seperti para peminat yang lain, saya sendiri tidak mahu melihat Messi pergi, tapi ini bola sepak.”
“Akhirnya dia membuat keputusan untuk kekal disini. Dia baru-baru ini menyatakan bahawa dia bersedia dengan pemikiran untuk mencapai kemenangan dan kami harap dia akan terus bersama kelab untuk tempoh lebih panjang.”
G⚽️L OF THE DAY
🧠 #Messi pic.twitter.com/BMsWbongog— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 15, 2020
“Dia merupakan aset terbesar dalam saingan La Liga, dia salah seorang yang terbaik dalam dunia bola sepak.”
COO Manchester City, Omar Berrada telah mencadangkan bahawa gergasi dari Premier League itu akan memulakan langkah untuk mendapatkan Messi pada musim panas akan datang.
“Dia merupakan seorang pemain yang sungguh berbakat, dia adalah jenis pemain yang mampu memberikan impak luar biasa dalam mana-mana kelab dalam dunia ini, baik dalam padang mahupun luar padang.”
Jelasnya kepada Manchester Evening News.
“Dia merupakan pemain terbaik di dunia, dia adalah pemain terbaik dari generasinya. Saya yakin mana-mana kelab dalam dunia ini pastinya sangat berharap agar Messi menyertai pasukan mereka.”
Many have tried, but Lionel Messi remains the only player in the history of football to have reached 1,000 official goal contributions.
-706 Goals
-298 Assists
-873 Games-1,004 official goal contributions.
— Football Threads 📊⚽ (@FootyThreads_) October 12, 2020
“Kenyataannya apabila Messi pernah menyatakan bahawa dia berminat untuk datang dan bermain bersama City, ianya jelas menunjukkan bertapa jauhnya kejayaan yang telah dicapai oleh kelab sepanjang beberapa tahun ini, sehingga pemain sehebat Messi berminat untuk bermain bersama kami.”
“Ianya sukar untuk menduga apa akan berlaku. Sekiranya kamu fikir kembali apa yang terjadi di Barcelona pada bulan lalu, ianya hampir mustahil untuk meneka apa yang akan berlaku pada musim panas akan datang.”