Setiap manusia itu pasti ada perkara yang mereka minat di dalam hidup. Ini termasuk seorang ahli politik terkena seperti RSN Rayer.
Beliau merupakan peminat setia pasukan Kedah kerana lahir di Kedah. Ramai yang tidak tahu akan perkara itu.
Ini kerana beliau merupakan ahli Parlimen Jelutong yang bertempat di Pulau Pinang dan merupakan seteru el clasico utara untuk pasukan Kedah.
Rayer tak puas hati dengan gol kedua Safawi Rasid ketika final Piala Malaysia tempoh hari.
Persoalan tentang adakah ahli politik kerajaan ini tengok Liga Malaysia? akhirnya terjawab.
Ternyata Rayer peminat setia Liga Malaysia dan tengok Liga Malaysia. Menangkis spekulasi sebelum ini yang mengaitkan mereka menjadikan Liga Malaysia sebagai anak tiri dan fokus kepada usaha membawa EPL secara percuma kepada rakyat.
Ketika di Dewan Rakyat, Raver berkata: “Saya sebagai penyokong Kedah, walaupun saya Ahli Parlimen Pulau Pinang. Saya lahir di Kedah, jadi saya adalah penyokong Kedah.”
“Sebagai penyokong Kedah, saya tertanya-tanya, gol jaringan kedua dalam final Piala Malaysia baru-baru ini, jaringan oleh Safawi Rasid, gol itu sebenarnya kelihatan tak masuk.”
Beliau kemudian membandingkan liga kita dengan EPL. Mestilah kena masuk. Menurut Rayer pada pandangan mata kasar beliau, bola itu tak masuk.
“Cuma ada seorang pengadil kat belakang gol menjaga. Kerana kita di Malaysia belum ada lagi VAR ataupun GLT, yang telah diperkenalkan di EPL,” tambah Rayer lagi.
“Jadi, persoalan saya adalah, bilakah perkara-perkara ini akan diperkenalkan dalam pertandingan bola sepak tanah air kita?” soal Rayer.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata gol jaringan Safawi tersebut adalah keputusan muktamad pengadil.
Sim juga menegaskan kos VAR dan GLT sangat mahal dan mencadangkan MFL mencari alternatif lebih murah untuk memastikan masalah pertikaian gol itu tak berulang.
Sim berkata: “Saya rasa gol oleh Safawi tersebut telah dimuktamadkan oleh pengadil, jadi tidak ada pertikaian dalam Dewan yang mulia ini.
“FAM pernah mencadangkan VAR pada 2018 selepas Piala Dunia, tetapi terpaksa menangguhkan cadangan tersebut kerana ujian kesesuaian berkaitan VAR ini memerlukan belanja yang amat besar, sedangkan FAM tidak mempunyai dana atau (wujud) keperluan setakat ini untuk menggunakan VAR,” katanya.
Gol kedua Safawi Rasid dipersoal di Dewan Rakyathttps://t.co/9qzyXXYUtt#AWANInews #AWANI745 pic.twitter.com/RmpfXEGVgY
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) November 4, 2019
“Memandangkan wujud isu-isu seperti gol Safawi, kementerian mencadangkan kepada Liga Malaysia agar menggunakan mekanisme terbaik untuk memperkenalkan sistem seperti teknologi VAR bagi mengelak pertikaian yang tidak sepatutnya berlaku,” tambah Sim.
RSN Rayer memang seorang yang sangat tegas. Beliau pernah mendesak rakan-rakan wakil rakyat beliau untuk menunaikan manifesto. Dan mengakui dia hanya menjadi bengis kalau ada yang mengacaunya.
Beliau sangat tegas memperjuangkan nasib rakyat: “Isu yang saya bangkitkan membabitkan kepentingan rakyat dan saya akan terus bersuara walaupun diganggu,” katanya.
Nampaknya Dewan Rakyat sudah membangkitkan isu GLT dan VAR ini. Namun mengambil kira kos, Timbalan Menteri pula mencadangkan kos lebih murah.
Ada peminat tegar bola sepak Malaysia mencadangkan agar menggunakan beberapa kamera AES dipasang di kawasan gol.