Luke Shaw Desak Liga Dimansuhkan, Jangan Bagi Liverpool Juara

Pemain terbaik tahunan Manchester United untuk musim lalu, Luke Shaw mengeluarkan kenyataan berbaur kebijaksanaan.

Shaw berjaya menambat hati peminat Man United musim lalu dengan menjadi pemain terbaik pasukan mereka selepas musim yang cemerlang.

Selain daripada hebat di Man United, Shaw juga semakin bijak dalam melontarkan pandangan beliau kepada umum selaku public figure.

Terbaru, Luke Shaw meminta Liga Perdana Inggeris musim ini dimansuhkan.

Ia sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada Mr. Mansuh yang kita rindui.

Luke Shaw memang seorang pemain yang memiliki nilai kepimpinan yang diperakui oleh semua pihak.

Namun adakah hasrat beliau untuk memansuhkan musim ini akan tercapai?

Luke Shaw mahukan musim 2019/20 diisytihar sebagai null and void. Dan beliau berkata, tak ada hati nak bermain dalam keadaan stadium kosong jika liga bersambung lagi.

Shaw menegaskan musim ini harus di-scrap dan dimulakan semula walaupun musim ini hanya berbaki 9 perlawanan sahaja lagi.

Ini bermakna Liverpool tidak akan dinobatkan juara dan terus menunggu lagi untuk kejuaraan EPL mereka.

Shaw tidak dapat melihat musim ini akan dapat disambung semula kerana pandemik koronavirus yang membuatkan bola sepak ketika ini ditangguhkan seketika.

Oleh itu Shaw berkata, keputusan terbaik yang ada pada ketika ini dengan memansuhkan liga dan menunggu musim baharu bermula.

Shaw meluahkan pandangan paling bernas itu ketika pertandingan Combat Corona Twitch FIFA.

Shaw dengan konfiden berkata: “Hapuskan musim ini dan kita mulakan yang baru.”

“Jika kita tak dapat teruskannya, musim ini harus dibatalkan.”

“Penyokong paling penting sekarang ini. Korang lebih faham perkara ini daripada kami semua.”

“Saya rasa sukan ini memang milik penyokong, korang tahu maksud saya kan? Saya rasa, jika tidak ada penyokong, dan kamu kamu tidak bermain di hadapan penyokong, kamu akan rasa tidak enak.”

UEFA baru sahaja mengumumkan mereka mahu musim ini ditamatkan dengan sempurna dan bukannya dimansuhkan ataupun dibatalkan.

UEFA mengorbankan beberapa perlawanan dalam kalendar antarabangsa mereka demi membantu liga liga di Eropah ditamatkan dengan sebaiknya.

EPL sudah menyatakan bahawa musim ini akan diteruskan. Namun mereka tidak meletakkan tarikh bila liga akan disambung.

Apa yang pasti EPL tak akan disambung pada 30 April ini seperti yang dicadangkan sebelum ini. EPL kemudian mengumumkan beberapa pakej bantuan kepada kelab dan frontliners di England.

Dalam kenyataan terbaru EPL, mereka menegaskan bahawa, amat penting untuk liga dan pertandingan domestik ditamatkan demi sebuah intergriti.

Pandemik koronavirus telah membuatkan liga bola sepak di Eropah terpaksa ditangguhkan sementara.

Musim ini pastinya sukar untuk semua pihak. Banyak pasukan yang menanggung kerugian.

Namun fokus utama pada ketika ini pastinya usaha untuk bersama sama memerangi wabak covid-19 di seluruh dunia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.