Lukaku: Sebenarnya Ole Nak Saya Kekal

Sebelum ini Ole Gunnar Solskjaer menyatakan beliau memang merancang untuk melepaskan Lukaku dan Alexis Sanchez untuk memberikan peluang kepada pemain seperti Mason Greenwood menyerlah.

Menurut Ole, Mason Greenwood sebelum ini kurang minit bermain. Tetapi dengan keputusan beliau melepaskan Lukaku serta Alexi Sanchez, Ole yakin itu akan dapat membantu pemain muda itu mencapai prestasi terbaiknya.

Ole Gunnar Solskjaer sangat yakin pemain seperti Mason Greenwood menepati falsafah Manchester United.

“Ianya sentiasa falsafah saya dicampur dengan falsafah kelab untuk memberikan peluang kepada pemain muda yang bersikap selayaknya. Ianya memerlukan beberapa tahun untuk melalui semua ini, namun ianya berbaloid.”

“Saya sekarang menguruskan Manchester United, bukannya diri sendiri.”

Namun semalam, Romelu Lukaku menyatakan perkara yang berbeza. Menurut Lukaku, Ole sangat berharap beliau akan terus kekal di Manchester United.

Lukaku menyertai Inter Milan dengan nilai keseluruhan sekitar £73 juta. Ianya selepas pemain itu berkali-kali mendesak agar disegerakan perpindahan.

Lukaku juga memberikan amaran agar Man United hanya menerima tawaran daripada Inter Milan yang dibimbing oleh Antonio Conte

Ketiadaan Lukaku musim ini agak dirasai oleh Manchester United. Namun Ole menyatakan mereka berada di landasan yang betul kerana Rashford dan Martial kini sudah kembali semula ke dalam pasukan.

Itulah sebabnya Ole menyatakan beliau sangat senang hati melepaskan Lukaku pergi.

“Saya sangat hormat kepada Lukaku, namun masa beliau di sini sudah tamat,” jelas Ole.

Lukaku meberitahu akhbar Belgium bahawa Ole sebenarnya tidak pernah mahu melepaskan beliau tetapi mahu Lukaku terus kekal.

blank

“Solskjaer akan sentiasa saya hormati. Beliau fahami kehendak saya apabila saya memberitahunya pada Mac, sudah tiba masanya untuk saya pergi.”

“Saya sudah bermain di Liga Perdana Inggeris sejak berusia 18 tahun. Dan kini saya sudah 26 tahun. Namun ketika itu, Solskjaer memberitahu saya bahawa beliau mahu mengekalkan saya.”

“Sebaliknya, saya sudah membuat keputusan untuk mencuba sesuatu yang baharu.”

Romelu Lukaku kini sedang mendapat semula prestasi terbaik beliau di Inter Milan. Beliau mengakui gembira bekerja di bawah Antonio Conte.

Ketika ini Romelu Lukaku sudah menjaringkan 9 gol di dalam Serie A. Hanya Ciro Immobile yang mencetak lebih  banyak gol buat masa ini.

Romelu Lukaku turut berhaya membantu Belgium untuk mara ke Euro 2020.

Ole Gunnar Solskjaer juga memberikan bayangan bahawa beliau mungkin  tidak akan mendapatkan pemain penyerang pada Januari akan datang.

Beliau percaya pemain yang sedia ada di dalam pasukan sudah cukup bagus untuk menggalas tanggungjawab. Cuma memerlukan sedikit masa untuk menggilap mereka supaya menjadi lebih matang.

Misalnya Marcus Rashford yang sudah mendapat semula keyakinan beliau di hadapan gol dan menjadi penjaring utama untuk Manchester United.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.