Lukaku Kutuk Penyokong Manchester United Yang Sentiasa Menyalahkan Orang Lain

Romelu Lukaku telah mendedahkan sikap buruk penyokong penyokong Manchester United. Lukaku seakan-akan tidak dapat menahan rasa tidak puas hati beliau dengan apa yang pernah dilaluinya.

Menurut Lukaku, para penyokong Manchester United sentiasa cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan ketika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai di atas padang.

3 nama yang sentiasa menjadi sasaran para penyokong Manchester United adalah beliau sendiri, Alexis Sanchez, dan Paul Pogba.

Romelu Lukaku menyatakan: “Peminat-peminat Man. United akan mencari seseorang untuk dipersalahkan [menjadi kambing hitam]. Mereka ialah Pogba, saya atau Alexis. Ia adalah 3 daripada kita sepanjang masa. Bagi saya, saya dapat melihatnya dalam pelbagai cara.”

“Perkara yang membuatkan saya rasa kelakar adalah betapa teruknya keadaan yang berlaku di dalam pasukan Manchester United. Namun ketika bermain untuk Belgium, segalanya baik-baik sahaja dan saya berasa sangat gembira.”

Lukaku menyatakan beliau terkesan dengan layanan penyokong Manchester United. Dan beliau merasakan dirinya tidak diingini di Old Trafford.

Oleh yang demikian, Lukaku telah bertemu dengan pengurusan Manchester United dan Meminta untuk dilepaskan dalam jendela perpindahan kali ini.

Lukaku juga menempelak pengurusan Manchester United yang seakan-akan mengiyakan khabar angin yang ditulis oleh akhbar. Perkara itu telah membuatkan Luaku merasakan dirinya benar-benar tidak diperlukan.

“Terrlalu banyak cerita yang ditulis tentang saya, menyatakan bahawa saya akan pergi ke sana. Mereka menulis bahawa jurulatih sudah tidak memerlukan saya lagi.”

“Perkara itu berlarutan 3 sehingga 4 minggu. Saya menantikan seseorang di Manchester United menafikan khabar angin tersebut. Malangnya ia tidak berlaku.”

“Saya memberitahu mereka [Manchester United] bahawa, tidak bagus untuk saya berada di tempat yang saya tidak diingini. Mereka fikir kita ni bodoh, tetapi kita bukannya bodoh, kita tahu siapa yang mengejar khabar angin. Saya memberitahu mereka, lebih baik saya pergi.”

Lukaku kemudiannya, mendesak perpindahan ke Inter Milan. Dia tidak kembali ke kem pra musim seperti yang diminta oleh Ole Gunnar Solskjaer. Lukaku berlatih di Belgium.

Romelu Lukaku sangat gembira kerana berjaya merealisasikan perpindahan beliau ke Inter Milan dan melarikan diri daripada Manchester United.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.