Luis Suarez Jadi Bahan Sendaan Kerana Minta Penalti Selepas Bola Ditepis Penjaga Gol

Luis Suarez berkemungkinan akan menyebabkan penjaga gol Sergio Asenjo dilayangkan kad merah kerana menyentuh bola di dalam kotak penalti sendiri ketika perlawanan Atletico Madrid vs Villareal.

Pelik. Tapi itulah kejadiannya dalam perlawanan pada awal pagi tadi.

Suarez tampil buat kali pertama untuk Atletico Madrid di tempat sendiri sejak perpindahan dari Barcelona dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun perkara utama yang menjadi bualan dari perlawana  ini adalah apabila penyerang berusia 33 tahun itu cuba memenangi penalti dengan kaedah yang sukar dicerna oleh akal fikiran,

Renan Lodi melakukan satu hantaran lintang ke kawasan kotak penalti, dan Asenjo menerjah untuk menepis bola itu keluar untuk memastikan gawangnya selamat dari sebarang ancaman.

Tidak ada masalah dengan hantaran oleh Lodi atau tepisan dari Asenjo. Anehnya, Luis Suarez mengangkat kedua-dua tangannya dan mahukan penalti kerana bola yang terkena tangan Asenjo.

Reaksi dari Suarez ini sudah pasti mendapat perhatian penonton dan penyokong yang kehairanan. Ini kerana pada situasi tersebut ia tidak pelik untuk meminta sepakan penjuru, namun tindakan meminta penalti dari Suarez dianggap tidak logik.

Adakah ia taktik oleh Suarez untuk mengelirukan pengadil. Walaupun jika pengadil terkeliru, ia hampir mustahil untuk melakukan penipuan sedemikian dengan adanya teknologi VAR pada hari ini.

Pada pendapat kami, ia bukan tindakan yang disengajakan oleh penyerang dari Uruguay ini. Namun kami tidak boleh menafikannya ia adalah pelik dan kelakar.

Sebenarnya ini bukan pertama kali Suarez meminta sepakan penalti dari pengadil kerana bola ditepis penjaga gol lawan.

Pada awal tahun, bekas penyerang tersohor Liverpool ini turut berbuat demikian dalam perlawanan menenyang Chile di pertandingan Copa America.

Pada ketika itu Suarez cuba melakukan gerakan cut-back kepada rakannya Edinson Cavani dan penjaga gol lawan, Gabriel Arias sempat menepis hantaran tersebut.

Bola itu keluar untuk sepakan sudut tetapi Suarez mahukan lebih dari itu apabila pantas meneuk tangannya dan menjerit untuk penalti.

Tidak menghairankan pengadil buat-buat tidak nampak atas permintaan oleh Suarez itu.

Suarez menyertai Atletico dari Barcelona pada musim panas ini dan menjaringkan dua gol dalam debutnya pada minggu lalu ketika membantu skuad kendalian Diego Simone membelasah Granada 6-1.

Dalam perlawanan pada malam tadi pula, Suarez hanya kekal selama 70 minit sebelum digantikan dengan Diego Costa.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.