Mohamed Salah berlatih seolah-olah beliau adalah Lionel Messi ketika kariernya di Stamford Bridge, namun tidak pernah berjaya untuk memenangi hati Jose Mourinho.
Karier pertama bintang handalan Mesir itu di England adalah bersama dengan Chelsea namun ia seolah mimpi ngeri untuknya kerana sama sekali tidak mendapat tempat dalam skuad utama kelab.
Bekas rakan sepasukannya, Filipe Luis mendakwa bahawa Salah tidak pernah berhenti berusaha dan beliau berjaya menjadi pemain sehandal sekarang atas kegigihannya sebelum ini.
Really, really enjoyed talking to the fascinating @filipeluis about … well, about everything really. Chelsea, Atlético, Simeone, Mourinho, Hazard, Salah and Michael Caine. Here's the interview. https://t.co/fUb1KOLTuk
— Sid Lowe (@sidlowe) February 22, 2021
Dalam satu temu bual bersama Guardian, Luis mendedahkan bahawa:
“Ia seolah kami (Mourinho) tidak sehaluan, tapi saya sangat meminati dia. Saya memenangi liga bersama dia. Tapi dia tidak dapat yang terbaik dari saya, sama seperti Salah.”
“Ketika dia sertai Fiorentina, saya cakap: ‘kenapa kamu mahu pergi Momo? Ini Chelsea’. Dan dia jawab: ‘saya nak bermain’. Saya dengar jawapan itu saya tahu dia seorang yang bagus.”
“Dia tak pernah kejar duit atau nak dapat lebih. Dia cuma mahu buktikan dia boleh bermain. Ketika sesi latihan, dia macam Messi. Betul, sama seperti Messi. Tanya lah semua orang.”
Former Chelsea defender Filipe Luis on Mo Salah at Chelsea:
"When he went Fiorentina, I said: ‘Why are you going, Momo? This is Chelsea.’ And he said: ‘I need to play.’ I thought: ‘This kid’s good.’ In training he was like Messi. Really, like Messi. Ask anyone.” #awlfc [mirror] pic.twitter.com/NLMjAFUeft
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 22, 2021
Salah menyertai Fiorentina secara pinjaman pada Januari 2015 dan melengkapkan perpindahan tetap menyertai Serie A pada musim panas berikutnya bersama AS Roma.
Pemain berusia 28 tahun itu kembali ke England pada tahun 2017 dan menandatangani perjanjian bersama Liverpool dengan nilai £37 juta.
Sejak itu, beliau berjaya membantu the reds memenangi gelaran liga Juara-juara, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.
Sementara itu, Luis pula hanya bertahan selama setahun di London sebelum membuat kepulangan semula ke Atletico Madrid.
Filipe Luís: 'In training at Chelsea Salah was like Messi. Ask anyone' | Sid Lowe https://t.co/GuliPexg4e
— Guardian Australia (@GuardianAus) February 22, 2021
Luis kemudian menyambung kenyataan beliau dengan menyatakan:
“Ketika saya berada di bangku simpanan untuk perlawanan pertama musim itu, saya ketuk bilik Mourinho dan bertanya kepada dia apa tujuannya membawa saya ke sana. Kenapa dia tidak membiarkan saja saya kekal bersama Atletico.”
“Dia kemudian menjawab yang dia tak begitu yakin dengan gaya bertahan saya dalam pasukan seperti mana yang dilakukan oleh Cesar Azpilicueta.”
“Dia cakap saya perlu memenangi tempat dalam kesebelasan utama. Saya tidak menjangkakan itu kerana saya yakin nama saya akan jadi piliah utama.”
“Dia betul. Saya tidak bermain dengan begitu baik. Tapi saya juga fikir kamu perlu berada di atas padang untuk perbaiki kesilapan.”
I loved this interview with Filipe Luis by @sidlowe. https://t.co/cuF8xWaD3x
— Jonathan Liew (@jonathanliew) February 22, 2021
“Saya tidak pernah menyesal dengan perpindahan itu kerana saya berpeluang menikmati karier bersama kelab terbesar di dunia dan semua orang mahu bermain di sana.”
Berkait isu Mo Salah, Mourinho menolak untuk mengakui bahawa dia tidak mendapat yang terbaik dari pemain Mesir itu.
“Ketika kelab memutuskan untuk menjual dia, ia bukan saya. Saya beli dia, saya tidak jual dia, dan hubungan saya dengan dia sangat bagus, sangat baik.”
Felipe Luis claims Mohammed Salah was 'just like Messi' during his Chelsea days. #beINPL https://t.co/2qer1870ZL
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) February 22, 2021
Jelas pengurus baru Tottenham Hotspur itu kepada beIN Sport.
“Saya mendesak kelab untuk membeli dia. Ketika itu, kita ada jentera serangan yang mengagumkan, Eden Hazard dan Willian, tapi saya minta mereka untuk beli Salah.”