Lovren Pertahan Bekas Rakan Pasukan – “Penyokong Liverpool Tidak Pernah Faham Bola Sepak”

Dejan Lovren mempertahankan bekas rakan sepasukannya di media sosial dan bekas pemain pertahanan Liverpool itu juga kritikan terhadap penyokong The Reds sambil melabel mereka sebagai ‘tidak pernah faham mengenai bola sepak’.

Juara bertahan Premier League itu dimalukan dengan kekalahan 7-2 kepada Aston Villa pada awal pagi tadi dengan persembahan yang hanya akan menimbulkan persoalan sama ada pasukan itu mampu mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi pada musim lalu.

Dalam perlawanan tersebut, rangkaian serangan Aston Villa dengan mudah mengeksplotasi kelemahan rangkaian empat pemain pertahanan Liverpool, terutama corak bertahan high-line yang diamalkan oleh skuad kendalian Jurgen Klopp.

Dan Lovren yang beraksi selama enam musim di Anfield sebelum berhijrah ke Zenit St Petersburg pada musim panas lalu mempertahankan bekas rakan sepasukannya di Twitter daripada kritikan penyokong yang malu dengan keputusan tersebut.

“Jangan salahkan satu atau dua pemain kerana satu kekalahan,” tulis pemain antarabangsa Croatia itu.

“Terdapat 11 pemain beraksi di atas padang yang sepatutnya bermain sebagai sebuah pasukan. Ada hari yang baik, dan ada hari yang tidak. Esok adalah hari yang baru. Lihatlah ke hadapan!”

Selepas itu tiba-tiba seorang penyokong (yang sudah koyak seperti kebanyakkan yang lain) mengarahkan pemain berusia 31 tahun itu untuk diam.

Lovren kemudian dengan kasar memberikan respon: “Kau ingat kau siapa?”

Seorang lagi penyokong @jyasare pula menuding jari terus kepada Gomez, Firmino dan Adrian untuk kritikan.

“Firmino tidak menjaringkan gol dalam 18 perlawanan dan direhatkan pada pertengahan minggu, tetapi masih gagal menyempurnakan peluang terhidang. Dan sekarang anda katakan ini sukan berpasukan?” tanya penyokong tersebut kepada Lovren.

“Persembahan indvidu hanya akan diterjemahkan sebagai persembahan berpasukan. Gomez dan Adrian dan Firmino punca kemaluan Liverpool.”

Lovren yang semakin bengang dan menyedari penyokong Liverpool yang berlagak keyborard warrioer ini sebenarnya amat koyak kemudiannya menjawab:

“Pakailah tali leher kemudian saya akan jelaskan mengapa anda tidak pernah faham bola sepak.”

Kerana geram yang melampau kepada seorang lagi penyokong Liverpool, Lovren berkata ‘pergilah sokong pasukan lain’, sambil berkata kepada seorang lagi penyokong mengapa dia tidak seharusnya menjadi seorang penyokong kelab bola sepak yang besar seperti Liverpool.

Kekalahan pada awal pagi tadi menjadi kejutan kerana kebiasaannya bahagian pertahanan Liverpool merupakan bahagian antara yang paling dibangga-banggakan.

Virgil van Dijk yang beraksi sebagai kepten kerana ketiadaan Jordan Henderson berkata The Reds tidak berada pada kondisi 100% dari sepak mula sehingga tamat perlawanan. Berdasakan keputusan perlawanan, rasanya itu perkara yang tidak perlu dimaklumkan.

“Jelas sekali kami sepatutnya boleh beraksi lebih baik untuk mengelakkan diri dibocori sedemikian rupa. Begitu juga dengan peluang yang kami miliki,” kata pemain pertahanan terbaik dunia itu.

“Secara keseluruhan kami amat kecewa. Kami tidak patut kalah besar dan sekarang ia penting kami bersama kembali dan tidak membenarkan perkara sama berulang.”

Ketiadaan Alissom Becker di hadapan gawang mungkin adalah salah satu sebab kekalahan selepas Klopp terpaksa menurunkan penjaga gol pilihan kedua, Adrian.

Liverpool hanya boleh menebus kekecewaan kekalahan kepada Aston Villa pada 17 Oktober hadapan dalam perlawanan Merseyside Derby menentang Everton.

Mengambil kira prestasi baik Everton yang menang semua perlawanan setakat ini, dan Alisson yang terpaksa berehat panjang, Liverpool jelas harus mempertingkatkan kembali keyakinan barisan pemain sedia ada.

Klopp dalam sidang media selepas perlawanan mengesahkan Alisson akan terlepas perlawanan menentang Everton dan penjaga gol dari Brazil itu memerlukan sehingga 6 minggu untuk pulih dari kecederaan yang dialaminya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.