Dejan Lovren mengakui telah melanggar peraturan yang ditetapkan kelab ketika perintah berkurung, menyelinap keluar dari hotel penginapan pasukan dan berparti di Anfield.
Lovren berkata beliau berbuat demikian untuk menyertai penyokong Liverpool yang meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun di luar Anfield.
The Reds mengesahkan kejuaraan liga milik mereka setelah Manchester City tewas 2-1 kepada Chelsea.
Kejuaraan tersebut tiba ketika saingan liga masih bebaki 7 perlawanan – kejuaraan terawal yang pernah dimenangi mana-mana pasukan dalam sejarah pertandingan.
Dejan Lovren secretly drove to Anfield to celebrate with Liverpool fans the night they won the league 😳 pic.twitter.com/5ixEf9yOVb
— Goal (@goal) August 18, 2020
Selepas Chelsea menang, pemain-pemain Liverpool meraikan kejuaraan tersebut di hotel penginapan. Pemain juga dilarang keluar dari hotel untuk menyertai penyokong yang berparti meraikan kejuaraan tersebut di perkarangan Anfield.
Namun Lovren mungkin terlalu gembira pada ketika itu dan berada di dalam mood parti.
“Saya melakukan sesuatu yang tidak ada orang tahu. Anda orang pertama saya kongsikan ini,” kata Lovren kepada Sport 24.
“Selepas perlawanan (Man City vs Chelsea), ramai penyokong Liverpool pergi ke perkarangan stadium. Ia ibarat parti yang besar diadakan di sana.
Dejan Lovren: "The night we won the league, I drove my car to Anfield – I put a mask on – there were tens of thousands of people celebrating. I wanted to feel the emotion. I'm really happy I did it." #lfclive pic.twitter.com/YVoF5hpmWf
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 18, 2020
“Kelab telah memberitahu: ‘Anda dilarang ke stadium kerana anda akan berhadapan masalah. Kami tidak boleh memastikan keselamatan anda.’
“Saya berkata kepada diri saya, parti itu hampir berakhir, ‘Saya belum mahu tidur kerana masih awal pada tengah malam’ dan saya berkata kepada diri sendiri. ‘saya akan memandu ke Anfield untuk mengalami sendiri keraian ini.’
“Saya memandu ke sana dan ada video. Saya gunakan telikup muka dan berjalan. Ya tuhanku. Puluhan ribu orang meraikannya dan saya hanya mahu merasai sendiri emosi ini kerana kami tidak berkesempatan merasakan perasaan ini di stadium – ia kosong!
— USUAL SUSPECTS 🏴☠️ (@efcusualsuspect) June 26, 2020
“Saya perlu lakukan itu, dan saya gembira kerana melakukannya. Ia adalah pengalaman yang menakjubkan.”
Ketika meraikan kejayaan merangkul kejuaraan tersebut, beberapa orang penyokong mengalami kecederaan termasuk dilaporkan ditikam (bertikam sesama sendiri) selepas malam liar meraikan kejayaan Liverpool.
Pihak polis turut dikatakan bergelut untuk meleraikan ribuan penyokong yang hadir di Pier Head untuk meraikan kejuaraan tersebut.
Kebanyakkannya pada mulanya tiba untuk meraikan kejayaan Liverpool dengan tenang. Namun pada sebelah lewat malam, keadaan menjadi tidak terkawal dan beberapa penyokong dikatakan mengalami kecederaan.
We cannot move fans or take action to prevent them gathering. We do not have the power to do this.
If you know someone out celebrating right now, please message them and ask them to bring the celebration home. #LFC #Liverpool @LFC pic.twitter.com/QQTjh2WrL6
— Liverpool City Council (@lpoolcouncil) June 26, 2020
Kebakaran turut tercetus di Liver Building akibat bunga api yang sengaja disasarkan ke arah bangunan ikonik bandar Liverpool itu.
Pihak BOMBA dan paramedik turut dikejarkan ke tempa insiden untuk membantu pihak polis.
Pada sebelah lewat malam, anggota bomba terpaksa memadam kebakaran yang tercetus di balkoni Liver Building. Berdasarkan muatnaik di media sosial, bunga api sengaja dilancarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke arah balkoni tersebut.
Tapi itulah. Mengata orang Munyet, perangai sendiri tak cermin.