Lovren Diayamkan Jason Cummings Yang Dirasuk Roh Messi

Jason Cummings hanyalah pemain biasa bermain dengan kelab biasa. Beliau pernah bermain di beberapa kelab yang biasa-biasa juga.

Namun pemain ini bertukar menjadi Lionel Messi apabila bertemu Liverpool. Beliau mencetak dua gol dan hampir sahaja menjaringkan hatrik.

Sebelum kemasukan Cummings, Liverpool dilihat tak mampu dibolosi. Juara Dunia itu bertahan dengan kental dengan kecemerlangan Adrian di belakang gol.

Lalu pengurus Shrewsbury memasukkan senjata rahsia mereka iaitu Jason Cummings. Lelaki yang pernah tular kerana temu ramah di bilik persalinan hanya dengan seluar dalam.

Cummings masuk sebagai pemain gantian ketika pasukannya ketinggalan 2-0 dan beliau merapatkan jurang gol dengan penalti tepat.

Gol kedua lagi indah apabila Cummings berjaya mengayamkan Dejan Lovren dan Neco Williams seterusnya menewaskan Adrian.

Ternyata Lovren tidak berdaya dengan gelecekan itu yang meragut maruah dan egonya.

Laporan perlawanan

Juara dunia, Liverpool hampir sahaja dihumban keluar oleh pasukan yang bunyinya mirip strawberi.

Liverpool turun dalam aksi pusingan keempat Piala FA 2019/20 dengan bertandang ke tempat lawan berhadapan dengan Shrewsbury.

Ramai yang merasakan ini bukan cabaran yang sukar untuk pasukan yang sehebat Liverpool dengan status mereka yang gah di pentas Eropah dan dunia.

Namun selepas tamat perlawanan, Pengurus Shrewsbury, Sam Ricketts menganggap pasukannya sepatutnya memenangi perlawanan FA Cup mereka dengan Liverpool.

Ini selepas kelab Liga Satu / League One itu melakukan kebangkitan luar biasa dan mencipta banyak peluang gol yang terbaik.

Liverpool sudah tersekat di skala pusingan keempat dalam aksi Piala FA sejak 2015 mahu mara lebih awal untuk mengelak perlawanan ulangan dalam jadual musim yang padat.

Mereka kelihatan bakal merobek dan membelasan lawan mereka dengan mudah. Seawal minit ke-15 lagi, pemain berusia 18 tahun, Curtis Jones menjaringkan gol pembukaan.

Tidak cukup dengan itu, pada separuh masa kedua, Liverpool tidak memerluka shot ke arah gol untuk mendapatkan gol kedua. Cukuplah dengan memberikan bola kepada pemain lawan.

Donald Love yang terlalu teruja bermain berhadapan dengan juara dunia telah tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun percaturan Shrewsbury menjadi apabila mereka meamsukkan Jason Cummings. Pemain itu menjaringkan gol pertamanya menerusi sepakan penalti.

Ini selepas Yasser Larouci mengasari Josh Laurent. Cummings dengan mudah menewaskan Adrian yang cemerlang sepanjang malam.

Bekas penyerang Hibernian, kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi satu kawalan bola yang sangat cantik, mengayamkan Dejan Lovren.

Pemain yang digelar CumDog dan memiliki tatu Joker itu ternyata tidak berlawak dalam aksi ini. Membuatkan Liverpool tidak tahu cara untuk mengekang kehebatannya.

Shrewsbury mendapat beberapa peluang lagi peluang gol selepas itu, namun gagal disudahkan.

Jurgen Klopp yang panik dan kepanasan di tepi padang telah menghantar tiga bintangnya masuk ke dalam padang dari bangku simpanan.

Alex Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino dimasukkan. Namun mereka bertiga tetap gagal untuk membantu Liverpool mara lebih awal.

Shrewsbury berjaya mengheret pertarungan ini ke Anfield untuk aksi ulangan. Kejayaan itu diraikan oleh penyokong mereka yang masuk ke dalam padang. Terlalu gembira dapat mengikat juara dunia dan kemudian boleh memberikan wang besar kepada kelab.

Ianya akan kekal dalam lipatan sejarah kelab mereka. Dan selepas ini misi Shrewsbury adalah untuk cuba melakukan kejutan di Anfield.

Kesebelasan utama Liverpool: Adrian, Williams, Matip, Lovren, Larouci, Fabinho, Chirivella, Jones, Minamino, Elliott, Origi.

Subs: Kelleher, Keita, Firmino, Salah, Oxlade-Chamberlain, Hoever, Alexander-Arnold.

Kesebelasan utama Shrewsbury: O’Leary; Williams, Golbourne, Pierre; Love, Norburn, Goss, Whalley, Ebanks-Landell; Laurent, Lang,

Substitutes: Murphy, Edwards, Beckles, Walker, Udoh, Cummings, Hart

Liverpool akan menunggu Shrewsbury di Anfield. Dan Shrewsbury dijangka akan menang mudah di Anfiled nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.