Ia pasti menarik untuk melihat bagaimana Mohamed Salah menyesuaikan diri tanpa Dejan Lovren di Liverpool pada musim ini. Steakat ini, Salah okay sahaja setelah menyerlah dengan hatrik dalam perlawanan pembukaan menentang Leeds United tempo hari.
Salah dan Lovren, kedua-duanya adalah sahabat baik selama ini di Anfield, dan bromance kedua-dua pemain berakhir apabila Lovren menyertai Zenit St. Petersburg selepas saingan Premier League tempoh hari berakhir.
Apakah sahabat baik sanggup lakukan untuk anda? Benar. Seorang sahabat baik akan lakukan apa sahaja untuk melindungi satu sama lain.
Itulah yang Lovren lakukan. Dua tahun yang lalu di perlawanan akhir Champions League 2018, Lovren hanya mampu menyaksikan Salah menangis teresak-esak melangkah pergi meninggalkan padang ketika perlawanan.
Dejan Lovren has admitted to deliberately elbowing Sergio Ramos in revenge for Ramos hurting Mo Salah in Kiev in 2018.
“I deliberately hit Ramos after hurting Salah? Yes, this is possible. I elbowed him good. Haha! 3-2! Go ahead and talk now buddy. Buddy!” #lfclive pic.twitter.com/Op1gA4vd6O
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) August 20, 2020
Salah telah mengalami kecederan di bahagian bahu selepas dijatuhkan oleh Ramos. Liverpool gagal kembali ke dalam permainan selepas hilang pemain bintang mereka itu, dan tewas 3-1.
Beberapa bulan selepas itu Lovren berpeluang membalas dendam kepada Ramos untuk Salah apabila Croatia beraksi menentang Sepanyol di Kejohanan UEFA Nations League.
Bukan sahaja Croatia berjaya menewaskan Sepanyol 3-2. Bekas pemain pertahanan Liverpool ini turut menyinggahkan sikunya di kepada kapten Real Madrid tersebut ketika perlawanan.
Tidak cukup dengan itu, Lovren sempat memanggil Ramos ‘p**sy.’
Lovren was pulling no punches after Croatia beat Spain the other day, he's getting revenge for his best mate Mo 😂 #LFC #YNWA #Liverpool #Klopp #Salah #Lovren #Croatia #Spain pic.twitter.com/vSdCBgYIJm
— Forever Red (@ForeverRedUK) November 17, 2018
“Saya bagi dia makan siku kaw kaw, Haha! 3-2! Pergilah cakap sekarang. Kawan! Mereka hanya sekumpulan p****,” kata Lovren melalui Instagram Live selepas perlawanan.
Tindakan Lovren itu membuatkan beliau dijatuhkan hukuman gantung satu perlawanan oleh UEFA.
Dan selepas melengkapkan perpindahan ke zenit, Lovren berkongsi kembali kisah itu dan apa yang berlaku sebenarnya.
Dejan Lovren deliberately elbowing Ramos then gladly admitting to it. My hero. My mate. 😂 pic.twitter.com/QrnoSDAerf
— Red (@TaintlessRed) November 16, 2018
“Adakah saya sengaja menyakiti Ramos kerana menyakiti Salah? Ya, itu adalah kemungkinan,” ujar Lovren kepada Egypt Today baru-baru ini.
“Luka Modric cuba meleraikan ketegangan antara saya dan Ramos ketika Croatia berhadapan dengan Sepanyol, dan saya sengaja memberi Ramos makan siku, sebelum berkata kini kita sudah seri.
‘Bunch of p******’: Croatian defender Lovren taunts Ramos & Spain after revenge win https://t.co/0ulBSJZdiy pic.twitter.com/nFUQEcDgEp
— The Editor (@TheDailyDigest) November 16, 2018
“Saya menghormati Ramos sebagai seorang pemain dan apa yang beliau lakukan untuk pasukannya. Beliau telah memenangi banyak kejuaraan.
“Namun dari sisi lain, saya tidak sukakan sikap beliau yang suka membuatkan pemain lawan cedera.
Dejan Lovren admits he elbowed Sergio Ramos six months after the 2018 UCL final as “payback” for injuring Mohamed Salah. pic.twitter.com/UH5BVa9RDs
— ESPN FC (@ESPNFC) August 21, 2020
“Kami beraksi lebih baik dari Real Madrid sebelum Salah cedera. Apabila Salah dikeluarkan ia memberi banyak masalah kepada kami, dan Real mulai mendominasi perlawanan.”
Ditanya apakah reaksi Salah selepas apa yang dirinya telah lakukan kepada Ramos, Lovren mengaku pemain antarabangsa Mesir itu menganggap ia adalah perkara yang kelakar.
“Saya tidak akan memberitahu anda [apa Salah katakan], tetapi beliau ketawa.”