Lloris Karius Sedia Rebut Tempat Alisson Di Liverpool

Penjaga gol Liverpool yang dipinjamkan ke Besiktas, Loris Karius dilaporkan hampir pasti kembali semula ke Liverpool.

Penjaga gol dari Jerman, Lloris Karius merupakan penjaga gol yang membantu Liverpool mara ke final UCL 2017/18. Namun agak malang apabila di malam final beliau melakukan 2 kesilapan yang memberikan gol kepada Real Madrid.

Sebelum ini Karius berjaya mengenepikan Simon Mignolet daripada kedudukan penjaga gol utama di Liverpool.

Masa depan Lloris Karius di Besiktas tidak menentu. Hal ini kerana Besiktas dilaporkan tidak berminat untuk membeli Lloris Karius secara tetap.

Presiden Besiktas, Ahemd Nur Cebi juga memberikan bayangan bahawa beberapa pemain lain turut dalam senarai untuk disingkirkan dan dijual oleh Besiktas.

Besiktas mahu memulangkan Lloris Karius kembali ke Liverpool pada Januari ini. Besiktas kini bergelut dengan prestasi. Berada di tangga kelapan selepas 9 perlawanan.

Besiktas mahu membawa masuk penjaga gol Fulham, Fabri bagi menggantikan Lloris Karius.

Beberapa bulan lalu, Lloris Karius menyatakan beliau mahu kembali bermain di EPL. Dan tidak menolak kemungkinan akan pulang ke Liverpool lebih awal kerana beliau masih lagi pemain The Reds.

Besiktas turut berusaha mengurangkan perbelanjaan pasukan mereka terutama sekali dari segi pembayaran gaji pemain. Sebelum ini Besiktas berhadapan kesulitan membayar kos gaji yang terlalu tinggi.

Jika mereka tidak beraksi di pentas Eropah musim hadapan, ia akan memberikan impak besar kepada kelab. Dengan kedudukan mereka ketika ini di dalam liga, Besiktas ada alasan untuk mulai berasa panik dan resah.

Karius mengakui situasi beliau agak rumit. Namun apa-apa boleh terjadi, dan beliau akan melakukan yang terbaik jika berkesempatan kembali ke Liverpool.

Buat masa ini, Liverpool memiliki Alisson selaku penjaga gol utama. Alisson merupakan penjaga gol terbaik dunia FIFA Best 2019.

Alisson turut tersenarai dalam pencalonan untuk Anugerah Penjaga gol Terbaik Ballon d’Or 2019.

Penjaga gol kedua Liverpool ialah Adrian dan diikuti penjaga gol muda Kelleher. Adrian merupakan penjaga gol yang membantu Liverpool menang kesemua perlawanan EPL sepanjang tempoh beliau menggantikan Alisson.

Adrian juga wira Liverpool dalam kejayaan menjulang Piala Super Eropah, dengan menafikan penalti oleh Tammy Abraham, ketika penentuan penalti.

Adakah Karius akan mampu untuk merampas tempat penjaga gol utama, kedua mahupun ketiga? Jika beliau kembali nanti.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.