Arsenal tewas 0-3 di tempat sendiri di tangan Manchester City dalam aksi EPL.
Selepas aksi yang cemerlang sebelum ini menentang West Ham, Arsenal kembali dengan prestasi tidak menentu di atas padang.
Freddie Ljungberg dengan terang-terangan memberitahu mereka beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan sebelum ini.
2 gol menerusi Kevin De Bruyne dan 1 gol menerusi Raheem Sterling, memastikan Manchester City bermaharajalela di Emirates.
Manchester City boleh menang dengan lebih besar jika mereka lebih tajam di hadapan gol.
Kekalahan Arsenal itu menyaksikan pasukan The Gunners semakin sukar untuk menempatkan diri di kelompok 4 teratas.
Di sebalik kekalahan itu, aksi Mesut Ozil yang dianggapn tidak ada semangat kesukanan juga mencetuskan polemik.
Ozil menyepak botol air tanda kekecewaan dikeluarkan pada minit ke-59.
Freddie Ljungberg memasukkan Emile Smith Rowe menggantikan Mesut Ozil, dan bintang Jerman itu tidak gembira dengan pertukara itu.
Ozil membaling sarung tangannya dan kemudian menyepak botol air di hadapan Freddie Ljungberg. Pemain itu tidak langsung bersalaman dengan pengurusnya.
Ozil put more effort into that kick than he’s done for his whole arsenal career🤡🤡 pic.twitter.com/sThQBVd2Ix
— Gooner Adam 🔴⚪️ (@AdzCampbell91) December 15, 2019
Ramai mengecam tindakan Ozil. Ada yang menyuruh staf di Arsenal menunjukkan video aksi De Bruyne ketika menentang Arsenal. Bagaimana pemain itu bergerak ketika ada bola dan tanpa bola, bagaimana De Bruyne cuba mencipta gol dan juga menjaringkan gol, serta melakukan pressing dengan penuh dahaga.
Ozil dilihat sangat berbeza, dan beraksi dengan malas di atas padang. Oleh sebab itu Ozil selayaknya dikeluarkan.
Somebody at #afc should give Ozil a video of De Bruyne's work in/out of possession, creating and scoring, pressing hungrily. Ozil, by contrast, seemed disinterested/showed dissent when deservedly subbed. Ozil blessed with special technique but his attitude stinks at times #ARSMCI
— Henry Winter (@henrywinter) December 15, 2019
Pengurus Arsenal, Freddie Ljungberg juga tidak gembira dengan tindakan Ozil dan akan bersemuka dengan pemain itu secara empat mata.
“Beliau boleh menunjukkan reaksinya dengan apa sahaja. Namun saya akan selesaikan perkara ini dengan beliau selepas ini.”
“Saya berada di sini setiap hari, dan pastinya kami mahukan pemain kami memberikan respon dengan cara yang betul. Saya mahukan pemain yang lebih bertenaga.”
“Ozil pastinya boleh terasa tidak gembira kerana dikeluarkan. Namun saya adalah jurulatih dan saya yang membuat keputusan. Emile bermain sangat baik pada Khamis lalu. Dan saya mahu memberikan beliau peluang untuk membuktikan sesuatu.”
“Ozil should be annoyed when he comes off. I'm the coach and I made a decision that I wanted more energy in the team. Emile did extremely well on Thursday and I wanted to give him a chance.”
– Freddie Ljungberg pic.twitter.com/RkBznVbzBD
— DailyAFC™ (@DailyAFC) December 15, 2019
Prestasi Mesut Ozil berhadapan dengan Man City agak mengecewakan. Dan beliau dibayangi kehebatan pemain perancangan tengah pasukan lawan iaitu Kevin De Bruyne.
Gif: Mesut Özil reacts to being substituted off against Manchester City this evening. [@SkySportsPL] #afc pic.twitter.com/xBoTwfKxeu
— afcstuff (@afcstuff) December 15, 2019
Malah ada juga yang berkata, Gareth Bale dengan terbuka duduk di bangku simpanan denga bermain bottle flip, bukannya menyepak botol tersebut.
https://twitter.com/i/status/1206348353828786178
Ada juga yang menganggap Arsenal perlu melakukan sesuatu ke atas isu disiplin pemain mereka.
Sebelum ini Granit Xhaka berkonfrontasi dengan penyokong ketika dikeluarkan dan membuatkan beliau hilang jawatan kapten.
Adakah Ozil akan terus mendapat tempat dalam skuad utama Freddie Ljungberg selepas ini? Sebelum ini Ozil juga menunjukkan reaksi marah beliau ketika tewas.