Liverpool dilaporkan telah mencapai persetujuan mengenai terma kontrak dengan pemain tengah Bayern Munich, Thiago Alancatara.
Ianya bukan rahsia lagi Jurgen Klopp mahu membawa lebih banyak kreativiti kepada bahagian tengah pada musim hadapan, dan Thiago adalah sasaran utama juara Liga Perdana Inggeris itu.
Berita persetujuan diantara kedua-dua pihak didedahkan oleh Mohamed Bouhafsi dari RMC Sport. Thiago dikatakan bersetuju dengan kontrak selama 4 tahun dengan bayaran €8 juta setahun.
Liverpool have agreed a four-year contract with Thiago Alcantara, who has announced his departure to his Bayern team-mates and even chosen a new house, according to RMC 👀 pic.twitter.com/DlSPUTj7C9
— Goal (@goal) August 16, 2020
Malah pemain tengah berusia 29 tahun itu dikatakan telah memaklumkan kepada rakan sepasukan di Bayern bahawa beliau akan pergi meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.
Thiago turut dikatakan sedang mencari kediaman baharu di Merseyside.
Langkah akhir untuk merealisasikan perpindahan tersebut bagaimanapun memerlukan Liverpool dan Bayern untuk mencapai kata sepakat mengenai yuran perpindahan yang perlu dibayar oleh juara Liga Perdana Inggeris itu.
Reports are suggesting that Liverpool have reached a deal with Thiago Alcantara and he's ready to sign a 4-year-contract. He could be a Liverpool player in a few days! pic.twitter.com/cnb7xn8ygO
— Forever Red (@ForeverRedUK) August 16, 2020
Pemain tengah itu dikatakan bernilai tidak kurang €30 juta, dan ia boleh dianggap sebagai pembelian yang berbaloi jika nilai pasaran semasa diambil kira.
Bahagian tengah Liverpool telah menampilkan aksi yang mantap sepanjang musim ini. Namun ia bukan kerugian untuk menambah kekuatan di bahagian tersebut dengan bekas pemain Barcelona tersebut, yang dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia di posisi itu.
Dalam perlawanan menentang Barcelona di mana Bayern menang 4-2 untuk melangkah ke separuh akhir UEFA Champions League pada musim ini, Thiago menampilkan apa yang boleh beliau lakukan.
Hantaran no-look assist yang dilakukan untuk gol Serge Gnabry pasti membuatkan penyokong Liverpool di seluruh dunia teruja.