Liga Perdana Inggeris akan bersambung semula pada minggu hadapan.
Beberapa perlawanan persahabatan telah pun berlangsung untuk aksi pemanas badan.
Sebelum ini Arsenal dikejutkan oleh pasukan kurang ternama dalam aksi mereka. Arsenal dalam persiapan untuk berhadapan dengan Man City.
Di mana Mikel Arteta akan berdepan dengan mentornya, Pep Guardiola dalam usaha mereka mahu menamatkan saingan di kelompok 4 teratas.
Arsenal played Championship side Brentford in a friendly, this afternoon.
Arteta's side lost 3-2. pic.twitter.com/gyjtbkIXe1
— Footy Accumulators (@FootyAccums) June 10, 2020
Liverpool cemerlang dengan kemenangan 6-0 ke atas Blackburn Rovers dalam aksi yang berlangsung di stadium tertutup, di Anfield.
Liverpool are more than ready for the Premier League return…
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 11, 2020
Dalam aksi yang berlangsung di Anfield itu, skuad The Reds ternyata tiada masalah untuk mengalahkan lawan mereka.
Ini menguatkan lagi semangat pasukan Liverpool dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini apabila ia bersambung kembali.
Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi bagi mengesahkan kejuaraan Eropah.
Man United tewas
Namun nasib yang berbeza dialami oleh Manchester United. Apabila skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu diaibkan oleh West Brom.
Man Utd lose to Championship team at Old Trafford 😱
— Goal News (@GoalNews) June 12, 2020
Namun berita gembira untuk Man United pastinya kepulangan semula Paul Pogba ke dalam pasukan. Selepas beliau cedera panjang.
Man United dalam rangka persiapan terakhir untuk bagi kembali semula beraksi berhadapan dengan Tottenham Hotspur.
Liga perdana Inggeris akan kembali semula pada minggu hadapan selepas berehat panjang kerana isu kesihatan global yang melanda.
Man United masih berusaha untuk menamatkan saingan di kelompok pasukan yang akan beraksi di Liga juara-juara Eropah pada musim.
Sementara itu Liverpool kini berada 25 mata di atas pencabar terdekat Manchester City.