Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel ternyata tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan yang di tangan Liverpool.
Hal ini kerana menurut beliau kemenangan Liverpool tersebut adalah kerana bantuan pengadil yang meruntun semangat Leicester.
Leicester City mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam perlawanan berhadapan dengan pasukan big six.
Sekaligus seakan akan menamatkan impian mereka untuk melakukan kejutan menjuarai Liga Perdana Inggeris sekali lagi.
Liverpool menang 4-0 di King Power Stadium.
Roberto Firmino membuka tirai jaringan pada separuh masa pertama. 3 lagi gol Liverpool adalah pada separuh masa kedua.
Ianya menerusi penalti James Milner, diikuti gol kedua peribadi Roberto Firmino serta pemain terbaik perlawanan Trent Alexander-Arnold.
Selepas tamat perlawanan, Kasper Schmeichel berkata: “Kami masih berada dalam perlawanan ini sehinggalah menjadikan dirinya sebagai wira (pasukan Liverpool).”
Kasper Schmeichel menganggap keputusan pengadil memberikan Liverpool penalti sebagai pembunuh pada perlawanan.
Kesan pasukan Leicester City telah hilang fokus. Menurut Kasper, Leicester City beraksi sangat baik dalam usaha mereka mahu mencari gol penyamaan.
Namun statistik perlawanan memaparkan skuad The Foxes mencatatkan 0 percubaan tepat dalam perlawanan ini.
Schmeichel hits out at referee for awarding Liverpool a penalty https://t.co/yY3NtullOq pic.twitter.com/DSGSMjzmiZ
— SportsGridUK (@Sportsgriduk) December 26, 2019
Walaubagaimanapun Kasper Schmeichel mengakui bahawa, lawan mereka, pasukan The Reds ketika ini merupakan pasukan terbaik di dunia sama juga dengan Manchester City.
“Ianya perlawanan yang agak sukar. Kami berada dalam perjalanan ini sehinggalah pengadil menjadikan dirinya wira. Kami hilang fokus dalam perlawanan.”
“Namun mereka pasukan yang terbaik di dunia, bersama dengan pasukan Manchester City.”
Beliau juga bangga dengan pencapaian pasukan Leicester musim ini yang terus menempatkan diri dalam kelompok tiga pasukan terbaik.
Ianya berlaku kerana para pemain Leicester percaya mereka mahu menjadi seperti Liverpool dan Man City.
“Kami cuba untuk menjadi seperti pasukan
Manchester City dan Liverpool. Mereka jelas sekali sudah pergi lebih jauh dalam perjalanan mereka musim ini.”
“Mereka pasukan berkelas dunia. Sekarang ni kejuaraan adalah di tangan mereka. Hanya mereka yang boleh melepaskannya,” tambah beliau lagi.
Leicester kini 13 mata di belakang Liverpool. Mereka mungkin akan dipotong Man City untuk tempat kedua sekuranya skuad bimbingan Pep Guardiola itu menang dalam aksi pada awal pagi esok.
Brendan Rodgers pula menghamburkan pujian kepada Trent Alexander-Arnold yang disifatkannya sebagai pemain luar biasa.
Bek kanan pasukan Liverpool itu mencipta 2 assist dan menjaringkan 1 gol cantik dalam perlawanan ini.
Liverpool selepas ini akan beraksi berhadapan dengan Wolves dalam usaha mereka mengekalkan jarak di puncak liga. Liverpool diberikan pelepasan khas untuk memakai lencana emas Juara dunia FIFA di dalam perlawanan itu nanti.
Ini selepas Liverpool memohon untuk menggunakan lencana itu selaku kelab yang menang kejohanan dunia pada 2019. Liverpool menang ke atas Flamengo dalam aksi final di Qatar minggu lalu.