Pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool power, padu dan hebat telah muncul menjadi kelab bola sepak yang menjana pendapatan paling tinggi di Youtube.
Gergasi bola sepak Inggeris itu telah menjana $663,940 sebulan melalui saluran Youtube rasmi Liverpool iaitu Liverpool FC.
Data yang dikumpul oleh football tickets outlet, Livefootballtickets.com telah mendedahkan senarai penuh saluran bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di Youtube.
YouTube Money Calculator evaluates membuat nilaian ke atas potensi perolehan saluran melalui pendapatan Adsense berdasarkan cost per mille (CPM).+
Sky Sports dan F2 Freestylers
Jika berdasarkan saluran bola sepak, Liverpool berada ditangga ketiga dibelakang dua saluran bola sepak popular Sky Sports Football dan F2 Freestylers.
Sky Sports tidak perlu dipertikaikan lagi sebagai satu saluran media arus perdana yang popular kini telah mengembangkan sayap dengan jayanya di media sosial.
Saluran sukan Sky Sports telah menjana pendapatan di Youtube sebanyak $1,060,192 untuk tempoh sebulan bersamaan RM4,370,747 sahaja.
Manakala ditempat kedua pula dipegang oleh dua anak muda yang merupakan penggaya bebas bola sepak F2 Freestylers yang menjana $716,157 sebulan di Youtube.
Saluran YouTube terkemuka, F2Freestyles-Ultimate Soccer Skills, iaitu Billy Wingrove dan Jeremy Lynch.
Dua anak muda yang gagal menjadi pemain bola sepak terkenal dengan kelab Premier League dan memilih untuk menjadi penggaya bebas bola sepak.
FIFA TV berada ditempat ke-4 dengan perolehan yang dibayar Youtube melalui Adsense $503,870 diikuti oleh Barcelona, Manchester City, Chelsea dan Arsenal.
The True Gordie
Yang paling menarik adalah True Gordie yang berada di tangga ke-9 duduk sebaris dengan nama besar dunia dengan pendapatan $165,305 sebulan.
Brian Davis nama sebenar beliau merupakan seorang Podcaster yang menjadi sensasi atas talian dengan temuramah yang berprofil tinggi.
Pemuda berusia 32 tahun itu menjadi sensasi internet kerana keghairahan beliau dengan pasukan Newcastle United.
Namun beliau dikenali ke seluruh dunia kerana gaya hidup, sukan dan podcast beliau yang bersahaja lagi melucukan.
Brian Davis telah menjadi juruacara pertarungan tinju antara dua Youtubers terkenal, KSI dan Logan Paul.
Daripada situlah Brian Davis dikenali sebagai personaliti internet dengan gelaran True Geordie.
Senarai Pendapatan Kelab Bola Sepak di Youtube
Liverpool menjadi kelab paling banyak meraih pendapatan di Youtube dan dalam senarai 20 teratas untuk saluran sukan hanya 8 sahaja pasukan bola sepak berada dalam senarai ini.
Jangan ditanya di mana Manchester United, aku pun tak tahu.
1. Liverpool FC – $663,940
2. FC Barcelona – $415,552
3. Manchester City – $222,689
4. Chelsea – $186,146
5. Arsenal – 169,317
6. Paris Saint-Germain – $121,316
7. Real Madrid – $85,880
8. Juventus – $79,652
Senarai Pendapatan Saluran Sukan di Youtube
Berikut merupakan 20 senarai saluran sukan yang menjana pendapatan tertinggi di saluran Youtube.
1. Sky Sports Football – $1,060,192
2. F2Freestylers – $716,157
3. Liverpool FC – $663,940
4. FIFATV – $503,870
5. FC Barcelona – $415,552
6. Manchester City – $222,689
7. Chelsea – $186,146
8. Arsenal – 169,317
9. The True Geordie – $165,305
10. UEFA – $128,033
11. Paris Saint-Germain – $121,316
12. Real Madrid – $85,880
13. Football Daily – $82,516
14. Juventus – $79,652
15. WeSpeakFootball – $62,200
16. HeilRJ Football Channel – $57,920
17. COPA90 – $39,627
18. talkSPORT – $20,360
19. Slash Football – $9,190
20. The Football Republic – $8,752