Liverpool Kekal Menjadi Satu-satunya Kelab Yang Simpan Piala UCL Ori Di England

Chelsea telah berjaya membawa pulang Piala kejuaraan Champions League kedua mereka selepas menewaskan Man City dalam aksi perlawanan akhir kemarin.

Skuad kendalian Thomas Tuchel turun sebagai pasukan underdog dan telah menunjukkan corak permainan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Boleh dikatakan hampir kesemua pemain Chelsea menunjukkan aksi permainan yang luar biasa mengagumkan dalam perlawanan akhir tersebut.

Walau ramai yang menganggap Timo Werner tidak menyumbang apa-apa dalam perlawanan tersebut, namun kenyataannya gol pertama The Blues adalah berpunca dari kebijaksanaan beliau.

Ketika Mason Mount mahu melorongkan bola, Werner berjaya menarik dua pemain City yang berlari ke arahnya dan membuka ruang untuk Kai Havertz bergerak dengan hanya dikawal oleh seorang pemain sahaja dibelakangnya.

Jadi Werner harus diberi pujian atas kebijaksanaan beliau menarik pemain City dan membuka ruang kepada Kai Havertz untuk lebih bebas ketika menjaringkan gol kemenangan untuk The blues.

Reece James, Ben Chilwell, Cesar Azpilicueta dan Antonio Rudiger turut mempamerkan rentak persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini.

Pemain terbaik perlawanan, N’Golo Kante jelas merupakan watak terpenting dalam membantu Chelsea menewaskan City seterusnya menjulang kejuaraan Champions League musim ini.

Beliau berjaya mendominasi sepenuhnya bahagian tengah padang dan berfungsi dengan sangat cemerlang tidak kira ketika bertahan mahupun ketika menyerang.

Pujian yang menggunung harus diberikan kepada pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu atas aksi hebat dan super mantap yang beliau pamerkan dalam perlawanan ini.

Para penyokong Chelsea jelas gembira dengan kejayaan mereka memenangi gelaran Champions League kedua dalam sejarah penubuhan kelab.

Para peminat tentunya tidak sabar untuk melihat Piala telinga capang itu dari dekat dan menanti skuad Chelsea untuk membawanya pulang ke Stamford Bridge.

Namun apa yang harus mereka tahu, Piala itu akan diserahkan semula pada EUFA tidak lama lagi dan Chelsea akan diberikan Piala replika untuk disimpan dalam kabinet kelab.

Jadi, adakah penyokong di England tidak boleh untuk melihat Piala UCL yang asli? Adakah semua Piala UCL di England merupakan replika?

Jawapannya tidak! Kerana Piala UCL yang asli ada tersimpan di Anfield.

Piala Liga Juara-Juara yang ada dalam kabinet Liverpool itu adalah Piala yang tulen, bukanlah replika atau copy original.

Kebiasaanya Piala yang dimenangi harus dipulangkan semula kepada UEFA dan akan digantikan dengan piala replika.

blank

Namun pada tahun 2005, pihak UEFA terpaksa membuat Piala baru untuk musim berikutnya kerana Piala yang asli akan diserahkan terus kepada pasukan Liverpool.

Liverpool layak untuk menyimpan Piala yang tulen kerana mereka ketika itu telah berjaya memenangi gelaran Liga Juara-Juara yang kelima dalam sejarah kelab, seterusnya layak menerima Badge of Honor.

Selain Liverpool, hanya ada enam sahaja pasukan lain yang menyimpan Piala tulen Liga Juara-Juara seperti:

Real Madrid(kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Ajax ( kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
Bayern (kerana menjuarai 3 kali berturut-turut)
AC Milan (Muncul Juara 5 kali)
Liverpool (Muncul Juara 5 kali)
Barcelona(Muncul Juara 5 kali)
Bayern Munich (Muncul Juara 5 kali)

blank

Jadi andai peminat berkunjung ke Anfield dan buat lawatan ke galeri Liverpool, para peminat sebenarnya boleh bergambar dengan real trophy UCL. Hanya satu di England buat masa ni.

Di bandar Manchester, hanya Man United sahaja ada menyimpan piala Liga Juara-Juara. Manakala di London pula, hanya Chelsea saja yang menyimpan piala Liga Juara-Juara. Arsenal dengan Spurs masih mencari Piala Liga Juara-Juara pertama mereka.

Tetapi apa beza Piala Liga Juara-Juara mereka dengan Liverpool? Ya yang dalam simpanan Liverpool tu Piala Original.

Jadi untuk peminat di bandar London yang mana kelab mereka tidak mempunyai Piala UCL langsung, boleh la ke Stamford Bridge untuk bergambar dengan replika.

Begitu juga untuk peminat di bandar Manchester, mereka bolehlah melihat dan bergambar dengan Piala replika yang ada tersimpan di Old Trafford.

blank

Jika mahu bergambar dengan Piala yang asli, maka mereka perlu pergi ke bandar Merseyside dan jangan tersilap pergi ke Goodison Park kerana di sana tiada Piala UCL.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.