Liverpool Jana Wang Hadiah RM1 Billion, Tertinggi Dalam Sejarah Premier League

Liverpool bakal menerima durian runtuh bernilai £175 juta atau bersamaan dengan RM957 juta selepas kelab-kelab Premier League bersidang dan bersetuju untuk menangguhkan pembayaran balik pengurangan wang kemenangan disebabkan keadaan semasa ekonomi.

Semua 20 kelab wajib membayar balik keuntungan yang diperolehi daripada hasil keuntungan hak penyiaran selepas saingan liga ditangguhkan.

Jumlah terkumpul bayaran balik itu boleh mencecah £330 juta yang dianggap sebagai rebat kepada syarikat penyiar termasuk Sky Sports dan BT Sport.

Namun pemulangan balik tersebut tidak akan mempengaruhi keuntungan yang diperolehi oleh Liverpool – sebagai penerima habuan tertinggi selepas menamatkan kemarau kejuaraan 30 tahun pada musim ini.

blank

Berdasarkan laporan oleh The Times, Liverpool akan memperolehi bayaran hadiah kemenangan dan hak penyiaran secara tunai/terus berjumlah £175 juta.

Jumlah tersebut adalah yang terbesar yang pernah diterima di dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Sekiranya Premier League memutuskan supaya pemulangan bayaran tetap dilakukan, maka Liverpool hanya akan menerima pemotongan sebanyak £21 juta.

Pendapatan musim lalu.

Pihak Premier League kini dilaporkan masih dalam proses perbincangan bersama syarikat penyiar untuk pengurangan rebat.

Premier League pada hari ini mempunyai 55 rakan kongsi penyiar dari dalam dan luar negara.

Pendapatan Liverpool pada musim ini telah mengatasi pendapatan mereka sendiri dan Manchester City pada musim lalu yang meraih sekitar £150m untuk musim 2018/19

.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.