Liverpool Hilang Khidmat Thiago Alcantara Kerana Terpaksa Dikuarantin

Pemain tengah Liverpool, Thiago Alcantara didapati positif wabak global yang sama melanda pantai timur Sabah seperti Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna, dan kini harus mendapatkan rawatan serta dikuarantin.

Pemain berusia 29 tahun ini menyertai Liverpool dari Bayern Munich dan melakukan penampilan pertama di Premier League selepas tampil sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-0 ke atas Chelsea.

Namun demikian, Thiago tidak diturunkan dalam perlawanan Piala EFL menentang Lincoln dan ketika Liverpool menewaskan Arsenal 3-1 pada Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan Liverpool berkata Thiago telah menunjukkan sedikit simptom tetapi berada di dalam keadaan baik dan semakin sihat.

“Pihak kelab akan terus mengikuti semua protokol berkaitan penularan wabak dan Thiago akan menjalani kuarantin untuk masa ini.”

Pada Isnin lalu pihak Premier League mengesahkan 10 orang telah diuji positif wabak dalam pusingan terbaru ujian – jumlah tertinggi kes positif sejak musim baru bermula.

Liverpool sekali lagi akan beraksi menentang The Gunners di Piala EFL pada Khamis sebelum beraksi menentang Aston Villa di tempat lawan sebelum liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Perlawanan seterusnya selepas itu di saingan liga ialah menentang Everton pada 17 Oktober untuk derbi Meseyside.

“Ia sebenarnya terpulang kepada individu untuk memberitahu kepada umum mengenai ujian saringan yang dilakukan,” kata Dr Jim Moxon, yang bertugas sebagai pakar perubatan skuad utama Liverpool.

“Kami telah mengikuti segala protokol dan Thiago juga ok.

“Beliau akan dikuarantin seperti SOP dan kita berharap beliau akan segera pulih.”

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.