Jordan Henderson kini mencatatkan sejarah unik dalam kariernya apabila sebaris dengan kapten elit yang lain.
Henderson menjulang Piala Dunia Kelab 2019 di Qatar beberapa hari yang lalu sekaligus membolehkan beliau menjadi kapten pasukan Inggeris pertama menjuarai treble antara benua / treble antarabangsa.
Dalam sejarah ketamadunan bola sepak dunia, hanya ada 7 ketua pasukan yang berjaya menjulang treble antarabangsa.
Berikut adalah senarainya:
1. Fernando Hierro – Real Madrid, 2002
Pemain pertahanan yang sangat hebat menjadi tonggal Real Madrid dan Sepanyol. Beliau dikenali dengan gaya permainan lasak dan bijak. Pernah menjadi jurulatih ‘kecemasan’ pasukan Sepanyol dalam Piala Dunia 2018, kerana pemecatan Julen Lopetegui.
2. Carles Puyol – Barcelona, 2009
Puyol mengulangi pencapaian kapten dari Sepanyol seperti Fernando Hierro. Beliau menjadi kapten yang menjadi nadi pasukan kelab Barcelona dan Sepanyol.
Kepimpinan dan komitmen Puyol sukar dicari ganti.
3. Andres Iniesta – Barcelona, 2011, 2015
Tidak terhenti di situ, Andres Iniesta pula menyusul sebagai kapten dari Sepanyol yang ketiga tampil dengan rekod menjulan juara treble antarabangsa. Iniesta melakukannya 2 kali iaitu pada 2011 dan 2015.
Pemain yang sangat kreatif dan penuh dengan seni dalam permainannya.
4. Philipp Lahm – Bayern Munich, 2013
Philipp Lahm menikmatik karier luar biasa bersama dengan Bayern Munich pada 2013. Menjadikan beliau salah seorang kapten paling berjaya dalam sejarah Bayern.
Game reading beliau memang luar biasa, sehingga Pep Guardiola melabel beliau sebagai pemain terbaik pernah diuruskannya.
5. Iker Casillas – Real Madrid, 2014
Iker Casillas memastikan dirinya terpahat dalam sejarah apabila melakukannya pada 2014.
Satu-satunya penjaga gol yang berada dalam senarai ini.
6. Sergio Ramos – Real Madrid, 2016, 2017
Kapten keenam dari Sepanyol, bermain untuk kelab Sepanyol dan pasukan kebangsaan Sepanyol, Sergio Ramos berada dalam sejarah.
7. Jordan Henderson – Liverpool, 2019
Jordan Henderson adalah pemain terbaru di dalam senarai ini. Beliau melakukannya bersama Liverpool dengan menjulang 3 piala antarabangsa pada 2019.
Liverpool dan sejarah berpisah tiada
Berbeza dengan Liverpool sebelum ini yang dikatakan hanya bercakap tentang sejarah, kali ini mereka mencatatkan sejarah baru dalam bola sepak Inggeris.
Liverpool menjadi kelab Inggeris pertama untuk menjulang treble antarabangsa. Ini selepas Manchester United mempersiakan peluang untuk melakukannya pada 2008.
Ketika itu Red Devils tewas dalam final Super Cup.
Chelsea pula gagal untuk menang UEFA Super Cup dan Piala Dunia Kelab pada 2012. Prestasi Radamel Falcao ketika itu sangat cemerlang bersama Atletico.
Paling cemerlang Real Madrid dengan 3 ketua pasukan mereka berada dalam lipatan sejarah dan ketiga tiga mereka adalah bintang Sepanyol.
Iniesta dan Ramos pula menjadi kapten yang melakukannya 2 kali di dalam sejarah.
Ramos hampir menjadi kapten pertama melakukan hatrik treble antarabangsa pada 2018. Sekali lagi pengacaunya adalah Atletico Madrid yang menang ke atas mereka dalam Piala Super Eropah.
Mana tahu selepas ini Jordan Henderson akan menjulang EPL pula pada akhir musim 2019/20 kan?
Liverpool kini sedang selesa mendahului EPL dengan 10 mata di atas liga dengan 1 perlawanan masih kurang berbanding lawan yang lain.
Liverpool masih belum kalah pada musim ini. Jordan Henderson menjadi antara pemain penting Jurgen Klopp sejak pengendali dari Jerman itu mengambil alih Liverpool.