Liverpool Bersetuju Menandatangani Thiago Alcantara Dengan Nilai €30 Juta Dari Bayern

Menurut sumber laporan dari James Pearce, Thiago Alcantara kini sudah hampir pasti untuk menandatangani perjanjian bersama Liverpool.

Berita tersebut diumumkan olehnya selepas the reds bersetuju untuk membayar harga yang diminta oleh Bayern Munich untuk Thiago Alcantara.

Selain Pearce, ramai lagi sumber dipercayai lain yang mengumumkan hal yang sama dan kebanyakkannya memuji pembelian yang dilakukan oleh Liverpool itu.

Liverpool telah lama dikaitkan dengan Thiago Alcantara, namun kerana tiada kesepakatan berkaitan isu harga, maka urusan mereka tidak diteruskan sebelum ini.

Bayern tegas meminta €30 juta dari Liverpool untuk melepaskan pemain midfield terbaik mereka itu.

Thiago sendiri juga sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak bersama Bayern, jadi beliau tidak kisah sama ada kelab mahu melepaskannya ataupun tidak.

Seandainya kelab mahu menjualnya, Thiago sudah menjelaskan bahawa beliau sangat berminat untuk bermain di Liverpool kerana mahu bekerjasama dengan Jurgen Klopp.

Menurut laporan dari David Maddock, Jurgen Klopp sendiri juga telah mendesak pimpinan tertinggi kelab untuk mengeluarkan dana agar Thiago menyertai Liverpool.

Hal ini kerana Klopp sangat memerlukan seorang pemain yang memiliki kualiti hantaran seperti Thiago dalam pasukannya.

Christian Falk juga melaporkan bahawa Bayern mahu menggunakan dana hasil penjualan Thiago Alcantara untuk menandatangani pemain baru.

Tetapi mereka bukan lah mahu menandatangani pemain di posisi midfield untuk menggantikan Thiago Alcantara.

Hal ini kerana selain Thiago Alcantara, Bayern sudah memiliki pemain seperti Corentino Tolisson untuk menggantikan bakal pemain Liverpool itu.

Fabrizio Romano juga sebelum ini telah dikecam oleh Echo kerana didakwa membuat laporan tidak benar tentang persaingan Liverpool dengan Manchester United untuk mendapatkan Thiago.

Namun sebenarnya berita itu benar dan United telah menarik diri lebih awal kerana tidak sanggup untuk membayar £200,000 seminggu yang diminta oleh Thiago.

Dan kini akhirnya Liverpool sedang dalam proses untuk memuktamadkan urusan perpindahan Thiago dan membawanya ke Anfield.

Sehingga malam ini, segala rundingan peribadi telah di selesaikan dan Thiago dilaporkan sedang menjalani medikal untuk menyelesaikan urusan perpindahannya.

Thiago Alcantara do Nascimento dilahirkan di San Pietro Vernotico pada 11 April 1991. Beliau merupakan anak kepada legenda bola sepak Brazil, Mazinho yang pernah memenangi Piala Dunia 1994.

Namun walau ayahnya legenda bola sepak Brazil, Thiago lebih memilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.