Lionel Messi Sebenarnya Boleh Mewakili Dua Negara Lain Selain Argentina

Ketua pasukan Barcelona, Lionel Messi mungkin akan mempamerkan kehebatan bertaraf dunianya untuk skuad kebangsaan Itali atau Sepanyol berbanding negara Argentina yang beliau wakili sekarang.

Bintang Argentina berusia 33 tahun itu telah berjaya membantu pasukannya untuk mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014.

Lionel Messi juga telah membantu skuad kebangsaan Argentina untuk mara ke perlawanan akhir Copa Amerika sebanyak dua edisi berturut-turut, iaitu pada tahun 2015 dan 2016.

Tetapi Messi sering dikecam dan dikritik dek kerana kegagalan beliau memenangi sebarang Piala untuk pasukan kebangsaannya.

Namun dari segi keindividuan, Lionel Messi telah berjaya memenangi bola emas dalam kejohanan Piala Dunia 2014 dan Copa Amerika 2015.

Menurut Goal, ketua pasukan Argentina itu mungkin akan dibenarkan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Itali atas dasar keturunan beliau.

Kedua-dua orang tua Messi mempunyai darah keturunan Itali, ini bermaksud pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu tiada masalah untuk memiliki kerakyatan Itali.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Goal juga, tiada rekod dari Persatuan Bola Sepak Itali yang mencuba untuk memanggil Messi mewakili skuad kebangsaan Itali.

Sementara itu, Messi juga mungkin boleh bermain untuk skuad kebangsaan Sepanyol atas dasar dari keturunan datoknya yang berasal dari Catalan.

Dan bekas sporting director Barcelona, Carles Rexach mahu kepimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Sepanyol untuk menggunakan khidmat Messi dalam skuad kebangsaan Sepanyol.

Messi turut mengakui bahawa beliau pernah dilamar untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol, namun beliau lebih memilih untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Argentina.

“Ketika saya masih kanak-kanak, saya berharap untuk mendapat panggilan dari AFA(Argentinian Football Association).”

Jelas Messi berkaitan mengapa beliau memilih Argentina.

“Saya telah ditanya secara tidak rasmi adakah saya mahu beraksi untuk pasukan kebangsaan Sepanyol, tetapi saya selalu mengatakan bahawa saya mahu beraksi untuk pasukan kebangsaan saya kerana saya sangat cintakan Argentina. Jujurnya ini adalah satu-satunya jersi yang mahu saya sarung.”

“Saya adalah salah seorang peminat setia pasukan kebangsaan Argentina. Saya selalu menonton perlawanan menerusi siaran langsung di tv, saya tidak pernah merasa untuk menonton ke stadium sebagai seorang peminat.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.