Lionel Messi Nikmati Gaji RM5.2 Juta Seminggu Kira-Kira RM8.50 Sesaat

Pemain bola sepak daripada galaksi dan planet lain yang beraksi di bumi, Lionel Messi kini menikmati gaji yang teramat lumayan setinggi RM52 juta(£988,000) seminggu.

Gaji yang diterima oleh Lionel Messi daripada Barcelona ini sangat mendengkikan dan mampu melelehkan air liur yang mencecah £51.30 juta je setahun.

Jumlah yang diterima Messi ini tidak termasuk bayaran hak imej, bonus perjanjian dan juga yuran kesetiaan yang merecik teruk.

Daripada hak imej Messi boleh menjana £9.1 juta setahun, bonus sehingga £13 juta setahun dan bonus kesetiaan £120 juta.

Bonus kesetiaan bernilai £120 juta ini akan dinikmati Messi jika kekal untuk tempoh 5 tahun selepas mengikat kontrak baru.

Kini terdapat bunyi-bunyi khabar angin kemungkinan untuk Lionel Messi keluar daripada Barcelona pada jendela perpindahan musim panas ini.

Semua ini gara-gara Eric Abidal yang merupakan pengarah sukan Barcelona telah menuduh pemain Barcelona menjadi dalang kepada pemecatan Ernesto Velverde.

Eric Abidal telah menuduh Messi telah merosakkan reputasi kelab kerana menjadi batu api menyebabkan pengurus dipecat.

Messi tidak berdiam dan kemarahannya telah mencapai tahap petala langit dengan tuduhan itu dan mengecam Eric Abidal melalui laman Instagramnya.

Dari sinilah khabar angin Messi akan pergi meninggalkan kelab Catalan itu.

Setakat ini lima kelab dikatakan berminat untuk mendapatkan Messi iaitu Manchester United, Manchester City, Juventus, Inter Milan dan Paris Saint-Germain.

Klausa istimewa dalam kontrak Messi membolehkan beliau meninggalkan Barca pada hujung musim ini dengan bebas sekali.

Status free agent membolehkan pasukan lain mendapatkan Messi secara percuma tanpa melibatkan yuran perpindahan yang tidak masuk akal.

Setakat ini Juventus merupakan salah satu pasukan yang dikatakan paling berminat untuk mendapatkan pemain sensasi Agentina itu..

Kau bayangkanlah selama ini hampir 10 tahun Messi dan Cristiano Ronaldo menjadi musuh dan membuktikan mereka yang terbaik, lepas jadi rakan sepasukan.

Serie A akan mendapat pulangan yang lumayan jika Messi hadir apatah lagi dengan pasukan si perempuan tua, Juventus.

Kehadiran Ronaldo sahaja telah menaikkan keuntungan Juventus dan menaikkan jumlah peminat Serie A diseluruh dunia. Ditambah dengan Messi, kau bayang la.

Tetapi mampukah kelab-kelab ini mampu memenuhi gaji yang diterima Messi ketika ini yang mencecah lebih RM5 juta seminggu?

Daripada segi nilai komersil yang ada pada Messi, pembelian dengan pembayaran itu sangat berbaloi kerana bukan sahaja dapat meningkat nilai kelab tetapi juga nilai liga.

Messi bolek dikatakan satu jenama besar yang mampu menarik penaja daripada syarikat gergasi.

Mari soroti gaji Messi yang dipecahkan mengikut tahun, bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat. Dalam tempoh satu saat Messi mampu menjana RM8.50.

Setahun – £51,300,000

Sebulan – £3,952,000

Seminggu – £988,000

Sehari – £141,142

Sejam – £5,880

Seminit – £98

Sesaat – £1.6

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.