Lionel Messi Jaring Gol Ke-643 Untuk Samai Rekod Pele

Lionel Messi menyamai rekod pemain legenda Pele apabila menjaringkan gol ke-643 hanya untuk sebuah kelab ketika membant Barcelona seri 2-2 menentang Valencia pada Sabtu.

Pemain Argentina itu merekodkan gol ke-643 miliknya dengan tandukan, selepas Messi pantas menyambar bola muntah hasil sepakan penalti yang diambil oleh beliau sendiri yang ditampan penjaga gol, Jaume Domenech.

Pele dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman. Beliau menjaringkan 643 gol untuk kelab Brazil, Santos antara tahun 1956 sehingga 1974.

Messi menjaringkan gol pertamanya untuk Barcelona pada 2005, dan memerlukan 748 perlawanan untuk menyamai rekod Pele.

Namun demikian kegembiraan Messi dalam perlawanan pada malam tadi hanya sementara apabola Maxi Rodriguez menyamakan kedudukan untuk Valencia sekali gus keputusan seri 2-2.

Keputusan seri itu meneruskan musim serba tidak menentu Barcelona yang sehingga kini hanya menang enam daripada 13 perlawanan pada musim ini sehingga menyebabkan mereka ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Atletico Madrid.

Maxi menjaringkan gol pertama sejak September lalu, untuk membantu Valencia bangkit dan membawa satu mata berharga dari Nou Camp.

Jaringan itu turut mengekalkan rekod baik Gomez menentang Barcelona, yang bermula sejak beliau masih bersama Celta Vigo.

Menurut statistik dari Opta, pemain Uruguay itu telah menjaringkan 6 gol dari 6 pertemuan menentang Barcelona.

Dua gol pertama tersebut dihasilkan ketika masih bersama Celta, dan empat lagi gol ketika Gomez sudah menyertai Valencia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.