Jesse Lingard berada dalam kelas tersendiri pada Disember musim tahun lalu sehingga dikaitkan dengan Real Madrid.
Real Madrid mahu menjadikan beliau salah seorang pemain untuk projek Galatico baharu dengan Eden Hazard.
Bukan semua pemain boleh dikaitkan dengan Real Madrid di dalam sejarah karier mereka. Lingard jelas sekali ketika itu dilihat bakal menggantikan Cristiano Ronaldo.
BREAKING: Real Madrid want to respond to Barcelona’s signing of Phil Coutinho, by taking Lingard from Manchester United. They see him as the next “Galactico” signing. [@DiMarzio] pic.twitter.com/pC73W1QTC5
— Dr. Ayigbe Borla Bird 塞拉姆 🇬🇭 (@Mr_Ceyram) January 10, 2018
Selain daripada bakat bermain bola sepak, Lingard juga berbakat dalam menyanyi dan menghiburkan para pengikutnya di halaman sosial.
I said Man Utd turn beans beans beans
Say what say beans beans beans
Lingard! Rashford! Let's go! pic.twitter.com/3PI7MRPPej— Raxi🌟 (@D3lah_say) September 22, 2019
Pada Disember 2018, Lingard menjaringkan 4 gol dalam liga. Beliau memulakan aksi cemerlang dengan menembusi gawang Arsenal, ini kita memang sudah jangka.
Seterusnya beliau menjaringkan gol menentang Liverpool, 2 minggu kemudian.
Dalam debut Solskjaer sebagai pengurus, Lingard menjaringkan 2 gol ketika membelasah Cardiff City tanpa belas kasihan 5-1.
Namun selepas aksi cemerlang itu, Lingard terus merudum dan tanpa sebarang gol di dalam liga.
Purnarma silih berganti, Detik-detik berganti dengan detik, menit pun silih berganti. Hari-hari pun terus berganti
Bulan-bulan juga terus berganti. Jaman-jaman pun terus berubah, namun Lingard masih gagal menjaringkan gol dalam liga.
Kini sudah setahun lamanya Jesse Lingard tidak menjaringkan sebarang gol di dalam EPL.
Dalam aksi kekalahan Manchester United menentang pasukan tercorot Watford, beliau mempersia – siakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol dalam liga.
Manchester United tewas 2-0 di dalam perlawanan tersebut yang dilabel Ole sebagai memalukan dan mereka tidak berhak mendapat apa-apa dengan aksi seperti itu.
Lingard melakukan chip dalam kedudukan 1 lawan 1 berhadapan bekas penjaga gol Man United iaitu Ben Foster.
Malang
Penyokong Manchester United tetap menyanyangi Lingard. Setiap pemain akan ada turun naik di dalam karier mereka. Lihatlah aksi Lingard ketika beliau berubah menjadi Messi, sangat unstoppable.
https://twitter.com/i/status/1208703729245020160
Akibat kecewa dengan Lingard yang digelar Lingardinho oleh penyokong United, Solskjaer telah mengeluarkan pemain itu dan menggantikannya dengan Paul Pogba.
I wonder if there is anything that #Lingard can do right! pic.twitter.com/X96eTyLbCF
— Richard Mogire (@RichardMogire3) December 22, 2019
Itu juga membawa makna kepada, Lingard rasminya 1 tahun sudah kemarau gol di Liga Perdana Inggeris pada minggu beliau meraikan harijadinya ke-27.
Ia juga bersamaan, Jesse Lingard sudah 28 perlawanan liga tanpa sebarang gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Bukan rekod yang masuk akal untuk pemain seperti beliau.
The great Lingardinho of Man United. pic.twitter.com/D5zWJJMHrg
— Jikan Tanko (@abu_jikantanko) December 22, 2019
Selain itu Lingard mencatatkan 25 jam tanpa gol atau assist di pertandingan Inggeris. Kali terakhir beliau melakukannya adalah pada perlawanan menentang Huddersfield pada aksi Boxing Day.
Jesse Lingard has gone over 25 hours without a goal or assist in the Premier League.
👉 https://t.co/JcozejvQz2 #WATMUN #bbcfootball pic.twitter.com/DHvvfFDcSC
— Match of the Day (@BBCMOTD) December 22, 2019
Mampukah Lingard kembali mengganas di hadapan gol untuk United selepas ini? Hari ini Man United akan turun dalam aksi boxing day berhadapan dengan Newcastle.
Sebelum ini pemain remaja Newcastle pernah mengejutkan mereka dengan gol kemenangan di St James’ Park.
Jesse Lingard merupakan pemain yang memiliki kelincahan yang membuatkan beliau menjadi pemain utama England di peringkat antarabangsa.