Jesse Lingard telah menarik perhatian banyak kelab di dunia ini kerana bakatnya dan wajahnya yang sentiaa muda.
Antaranya adalah Newcastle, West Ham, Everton dan Leicester, kesemuanya berebut mahu mendapatkan penggempur berbisa berusia 27 tahun yang bermain untuk pasukan paling agung dalam sejarah bola sepak Inggeris.
Penyokong Manchester United pastinya risau dengan perkembangan ini. Ye ke risau?
Setelah diajukan dengan banyak persoalan tentang masa depannya, pemain antarabangsa England itu akhirnya menyatakan dia nekad untuk terus kekal bersama Man United.
Bukan itu sahaja, malah Lingard turut menyatakan hasratnya untuk terus memenangi trofi bersama dengan Manchester United.
Lingard mengatakan perkara itu ketia acara Adidas Home Team The Huddle. Malah dia menyatakan dirinya mempunyai sikap yang tepat untuk United, walaupun sering dikritik kerana suka menari tak kena tempat.
“Saya mempunyai sikap yang tepat, saya mempunyai keinginan yang tepat, saya mempunyai rasa lapar yang tepat untuk memenangi perlawanan untuk bermain bersama United untuk memenangi trofi yang merupakan salah satu perkara paling penting.”
💬 Jesse Lingard clearly wants to stay with #mufc:
“I have the right attitude, I have the right desire, I have the right hunger to win games to play for United, to obviously win trophies which is one of the most things.” pic.twitter.com/KiZtjkKFix
— United News Hub (@UnitedNewsHub) May 29, 2020
Lingard juga memberikan sedikit kata kata motivasi kepada rakan rakannya, selaku pemain senior di dalam pasukan.
“Saya rasa kita (Manchester United) akan dapat sampai di tempat yang kita mahu tuju. Oleh itu kita semua harus saling mendorong diri kita untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi, hari demi hari dalam latihan.”
“Oleh itu, saya tidak faham mengapa kita tidak boleh turut serta dalam persaingan ini. ”
Kenyataan Lingard itu pastinya membuatkan kelab kelab yang mahukannya terluka teruk. Kerana mereka tidak berjaya mendapatkan pemain yang dianggap masa depan bola sepak England.
Lingard dan rakan rakannya sudah kembali menyambung latihan. Liga Perdana Inggeris sudah memberikan kebenaran kepada semua kelab melakukan latihan dengan kontak pada minggu ini.
Liga Perdana Inggeris akan bersambung semula pada pertengahan Jun hadapan selepas kesemua kelab sebulat suara untuk menyambung semula liga.
Berita lain yang menggembirakan United selain daripada Lingard adalah kembalinya Paul Pogba ke dalam pasukan untuk berlatih.
Pogba sebelum ini mengalami kecederaan dan berehat agak lama. Anda bayangkan gandingan Pogba dan Bruno Fernandes di atas padang. Pasti menangis lawan Man United dibinasakan oleh Setan Merah selepas ini.