Jesse Lingard dikatakan mahu mencari duit lebih dan juga kontrak yang lebih menjamin masa depannya. Beliau kini dalam mahu melantik Mino Raiola sebagai wakil / ejen beliau.
Lingard dikatakan tidak berpuas hati dengan Man United yang tidak mahu menuruti permintaannya dalam usaha beliau meminta kenaikan gaji lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan.
Mino Raiola kini sedang berusaha untuk menambah lebih ramai pemain Inggeris di bawah agensi beliau. Dan Jesse Lingad dianggap antara pemain yang menepati ciri-ciri yang sesuai.
Hubungan rapat Lingard dengan Paul Pogba juga boleh menjadi titian penting dalam rundingan ini.
Laporan di England juga menyatakan, pemain berusia 27 tahun itu sudah bersedia untuk meninggalkan Manchester United sebaik sahaja melantik Mino Raiola menjadi ejen beliau.
Raiola adalah super agent. Beliau membekalkan ramai pemain ke United dalam beberapa musim kebelakangan ini termasuk Paul Pogba, Zlatan Ibrahimovic, Lukaku, dan Henrikh Mkhitaryan.
Namun Lukaku sudah menamatkan kontrak dengan Raiola dan diwakili ejen baru.
Raiola kini dalam proses untuk membantu Pogba keluar dari Old Trafford. Kerana menurutnya Manchester United bukan tempat terbaik untuk pembangunan karier Pogba.
Raiola juga sudah berjanji tak akan menjadi broker pemain ke Man United lagi. Ini selepas beliau kecewa dituduh menjadi punca kegagalan perpindahan Erling Braut Haaland.
Kontrak semasa Jesse Lingard di Old Traffrod akan berakhir pada 2021. Man United dilaporkan sudah menawarkan kontrak baharu. Namun pemain itu masih belum menandatanganinya kerana mahukan gaji lebih tinggi daripada yang ditawarkan.
https://twitter.com/i/status/1213914425020813312
Lingard melalui tahun 2018, tanpa gol dan assist dalam liga. Namun itu bukan alasan untuk pemain itu meminta gaji lebih besar, menurut pandangan beliau.
Hal ini kerana pemain seperti Luke Shaw mendapat £200 ribu seminggu, Rashford mendapat £250 ribu seminggu tidak termasuk bonus, dan Martial mendapat angka yang sama dengan Rashford ketika melanjutkan kontrak baharu.
David De Gea pula mendapat £350 ribu seminggu di Old Trafford ketika memuktamadkan perjanjian baharu dengan pasukan itu.
Oleh itu Lingard mahukan angka yang tinggi untuk kontrak beliau. Tetapi Man United dikatakan menawarkan angka yang jauh lebih rendah daripada apa yang diharapkan Lingard.
Dalam setiap kontrak lanjutan biasanya memang ada kenaikan. Kecuali kes seperti pemain sudah veteran dan sebagainya.
Lingard ketika ini menerima sekitar £75 ribu seminggu. Berapa agaknya yang beliau mahukan?
Lingard melihat Raiola akan dapat membantunya dalam perkara itu. Lingard juga dikatakan tidak selesa dengan cubaan pasukan itu untuk menjadikannya barang ganti untuk memancing James Maddison ke Old Trafford. Dengan tambahan lagi cash £45 juta.
Manchester United forward Jesse Lingard will now be represented by super-agent Mino Raiola. 🤝🔴
Follow all the latest #TransferTalk in our live blog below or watch Good Morning Transfers on Sky Sports News now!
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 6, 2020
Selain itu, Lingard berharap Mino Raiola akan dapat membantunya mencari kelab besar, apabila beliau keluar daripada Manchester United.
Beberapa musim lalu, Lingard pernah dikaitkan dengan Barcelona. Mungkin itu yang Lingard fikirkan beliau mampu untuk bermain dengan kelab elit seperti itu.