Lingard Bakal Meninggalkan United Untuk Ke Portugal Dalam Masa Terdekat Ini

Pemain midfield Manchester United, Jesse Lingard dilaporkan bakal meninggalkan Old Trafford dan akan berhijrah ke Porto.

Lingard dengan tiba-tiba menjadi sasaran Porto, dengan kelab itu berminat untuk mendapatkan beliau secara pinjaman selama satu musim.

Lingard dilihat sudah tidak mendapat tempat bersama skuad kesayangannya itu dan sepertinya beliau tidak akan mempunyai masa depan yang cerah di Old Trafford.

Beliau masih belum muncul dalam sebarang perlawanan di pentas premier league dan ESPN telah melaporkan bahawa pemain berusia 27 tahun akan meninggalkan setan merah.

Walaupun jendela perpindahan untuk pasukan dari premier league sudah ditutup pada hari Isnin lalu, namun jendela perpindahan di Portugal pula masih dibuka sehingga 25 Oktober nanti.

Porto kini sedang dalam usaha untuk menandatangani pemain kebangsaan England itu sebagai pemain pinjaman selama satu musim.

Jesse Lingard telah membuat 22 penampilan dalam saingan liga musim lalu, akan tetapi beliau gagal untuk menjaringkan sebarang gol hingga ke hari terakhir.

Menurut Darren Fletcher, Keputusan Lingard untuk bergabung dengan Mino Raiola, yang juga ejen kepada rakan sepasukannya Paul Pogba, seolah telah ‘membunyikan loceng penggera’.

“Ianya tidak dapat dipastikan. Loceng penggera telah mula berbunyi pada saya sebaik dia memilih Mino Raiola sebagai ejennya. Kamu tidak akan melantik Mino Raiola sebagai ejen kamu sekiranya kamu tidak berniat untuk meninggalkan kelab.”

Jelas Fletcher kepada Sky Sports selepas kemenangan 3-0 United keatas Luton Town bulan lalu.

“Saya berfikir bahawa dia sedang mencari jalan untuk pergi. Dia bukan pemula dalam skuad terbaik Manchester United, dia cuma sebahagian dari pemain United. Ya, dia memang produk kelab dan dia sudah berada disana cukup lama.”

“Mungkin dia rasa dia sudah bersedia untuk mendapatkan cabaran baru di usia dia sekarang. Yang mana dia perlu mendapatkan minit permainan yang cukup. Dia tidak boleh sekadar menjadi sebahagian dari kelab.”

“ianya sangat menarik untuk menyaksikan apa akan terjadi sekarang dan lada akhir jendela perpindahan nanti.”

Darren Bent yang menyertai Fletcher sebagai panel ketika itu turut menyokong Lingard untuk meninggalkan setan merah musim panas ini jadi dia boleh mendapatkan minit permainan.

“Bagi saya, Jesse perlu untuk pergi dan kembali beraksi atas padang.”

Jelas Bent.

“Tidak lama dahulu, dia merupakan pemain utama untuk skuad kebangsaan England di pentas Piala Dunia. Dia merupakan pemain yang berbakat dan persembahan beliau mungkin sudah sedikit merosot sekarang.”

“Saya sangat suka untuk melihat seorang seperti Jesse Lingard mendapatkan rentak aksi beliau semula. Pergi ke mana-mana, bermain untuk setiap perlawanan. Jelasnya ia bukan bersama United, walau dia rasa sukar untuk pergi dia harus pergi.”

“Pergi dan buktikan kepada semua orang bahawa dia masih lagi seorang pemain yang handal dan dia masih ada masa depan yang cerah bersama skuad kebangsaan England.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.