Lin Dan atau dikenali juga dengan gelaran Super Dan secara rasminya telah mengumumkan persaraan beliau dalam dunia Badminton antarabangsa.
Dengan pengumumannya itu, maka dunia badminton telah kehilangan seorang lagi bintang terbesar dan atlet terbaik sepanjang zaman dalam sukan tersebut.
Semalam, Lin Dan telah mengumumkan pengunduran diri beliau dari pasukan kebangsaan China melalui platform sosial media Weibo.
Goodbye to the 🐐
Thank you for everything, Mr Lin Dan.#LegendsDidBegin pic.twitter.com/vUJfsA3orJ
— 🏆 Yonex All England Badminton Championships 🏆 (@YonexAllEngland) July 4, 2020
Berita mengenai persaraan bintang badminton dunia berusia 36 tahun itu agak mengejutkan, namun keputusannya itu diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak.
“Bermula dari tahun 2000 hingga kini 2020, saya harus mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan kebangsaan China. Sukar untuk saya membuat keputusan ini.”
Jelas Lin Dan.
Super Dan merupakan salah seorang pemain yang boleh dikatakan sebagai paling berjaya di peringkat antarabangsa dengan segala pencapaian beliau.
Pemain kebangsaan China itu jelas sukar untuk dicabar diperingkat kejuaraan dunia, beliau berjaya memenangi lima kejuaraan dunia bermula dari tahun 2006 hingga 2013.
7/Apr/2019
When I was there…
Legend Lin Dan in Malaysia Open pic.twitter.com/8Hrvc2tW69— 陳薇如 Kelly Chen🇹🇼 (@kelly51633) July 4, 2020
Lin Dan juga dua kali menjadi penghalang kepada legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei untuk mendapatkan pingat emas di Sukan Olimpik.
Chong Wei gagal mendapatkan pingat emas olimpik pertama negara kerana tewas di tangan Lin Dan pada Olimpik Beijing 2008 dan Olimpik London 2012.
Selain kejayaan individu, Lin Dan turut memperoleh banyak kejuaraan dalam kategori berpasukan bersama skuad badminton kebangsaan beliau, China.
Antara kejayaan berpasukannya adalah memenangi enam kali kejuaraan Piala Thomas dan lima kejuaraan Sukan Asia dari tahun 2006 hingga 2018.
Salah seorang pegawai dari Persatuan Badminton China telah menyatakan bahawa Lin Dan sendiri sudah mengemukakan permohonan persaraan secara rasmi beberapa hari yang lalu.
“Dengan mempertimbangkan pilihan dan keadaanya sekarang, pihak persatuan badminton China bersetuju dengan keputusan pengunduran diri beliau.”
China's badminton legend Lin Dan, 36, has announced his retirement.
The five-time world champion was expected to compete at the Tokyo Olympics but the postponement of the event will see him hanging up his racket earlier than expected.
Lin is a two-time Olympic gold medalist. pic.twitter.com/yYRY6Q6tPC
— BFM News (@NewsBFM) July 4, 2020
Jelas salah seorang pegawai dari Persatuan Badminton China kepada egensi berita Xinhua.
Datuk Lee Chong Wei sendiri tidak terlepas dari memberikan ucapan selamat di atas keputusan persaraan Lin Dan.
“Kita tahu bahawa hari ini akan tiba juga. Detik berat dalam hidup kita, kamu bersara dengan begitu indah sekali, kamu pernah menjadi raja dan saya berbangga bertarung dengan pertarungan kita.”
“Lambaian akhir dari kamu, kesemua empat kita sudah pergi, dalam tangisan air mata yang tidak kedengaran.”
Datuk Lee Chong Wei pernah mendedahkan bahawa Lin dan merupakan pemain paling sukar untuk ditewaskan.
What spherical objects to save championship points! Especially the 2nd one. Lin Dan at his steeliest best! pic.twitter.com/GaZgoWobaJ
— கரிக் கடை boy (@KarikadaiBoy) July 4, 2020
Sehinggakan beliau sendiri terpaksa bekerja lebih keras untuk menewaskan Lin dan, itupun masih sukar lagi untuknya menumpaskan lawannya itu.
Perseteruan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan tetap akan dikenang sebagai yang terbaik sepanjang zaman bahkan ianya boleh dikatakan perseteruan terbaik dalam sejarah sukan dunia.
Dengan pengunduran diri Lin Dan, maka era fantastic 4 juga sudah berakhir. Bermula dengan persaraan Peter Gade Christensen, Taufik Hidayat, Lee Chong Wei dan terbaru Lin Dan.
We knew this day would arrive,
Heavy moment of our lives;
You pulled down the curtain gracefully,
You were king where we fought so proudly;
Your final wave all four disappear,
Within the hush of silent tear.#lindan pic.twitter.com/gLJdpPTkB9— Lee Chong Wei (@LeeChongWei) July 4, 2020
Peminat pasti merindui aksi hebat yang sering dipamerkan olehnya dan nama beliau akan terus dikenang sebagai pemain terbaik sepanjang zaman.