Lima Hal Penting Sebalik Kemenangan Liverpool Yang Boleh Dijadikan Ibrah

Lima hal terpenting yang perlu diambil tahu selepas kemenangan Liverpool menewaskan Burnley dalam aksi saingan liga awal pagi tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp berkunjung ke Turf Moor untuk aksi saingan premier league bertemu Burnley, dalam usaha mereka mahu mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas dalam carta liga.

Liverpool cemerlang membelasah skuad kendalian Sean Dyche dengan keputusan 3-0 seterusnya memintas Leicester City untuk berada di kedudukan keempat dalam carta liga.

Roberto Firmino, Nat Phillips dan Oxlade Chamberlain berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol dalam perlawanan ini.

The Reds hanya perlu mencatatkan kemenangan sahaja dalam aksi bertemu Crystal Palace di Anfield pada hujung minggu nanti untuk mara ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.

Peluang untuk mengakhiri baki musim ini dikedudukan emat teratas masih terbuka luas untuk Chelsea, Liverpool dan Leicester City.

Jadi selepas kejayaan Liverpool mencatat kemenangan dalam perlawanan penting bertemu Burnley ini, mari lihat lima hal terpenting yang boleh dipelajari oleh anak-anak buah Jurgen Klopp untuk menambah baik segala kekurangan menjelang aksi perlawanan terakhir liga pada hujung minggu ini.

1) Nat Phillips Sungguh luar biasa menakjubkan

Pemain centre-back Liverpool ini telah berjaya mencuri tumpuan peminat dengan aksi persembahan beliau yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Selain menjaringkan gol kedua Liverpool dengan tandukannya yang super padu, Nat Phillips turut cemerlang melakukan aksi penyelamatan atas garisan yang memukau peminat seluruh dunia.

Beliau juga bermain dengan sangat baik dengan mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan hingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan ini.

Walau beliau pernah dikritik kerana kekurangan pengalaman dalam perlawanan besar dan penting, namun peningkatan aksi Phillips seharusnya dipuji.

Beliau semakin matang dan semakin menunjukkan aksi permainan yang lebih baik, bahkan pengkritik terbesar beliau juga bakal mengakui bahawa Phillips merupakan pemain terpenting Liverpool ketika ini.

2) Thiago Alcantara Sekali Lagi Mendominasi Bahagian Midfield

Pemain kebangsaan Sepanyol itu sudah mula menunjukkan betapa bernilainya beliau dan mengapa Jurgen Klopp sangat mahukan khidmatnya di Anfield.

Walau memulakan kariernya bersama Liverpool dengan menerima pelbagai kecaman dan cemuhan, Thiago kini sudah mula menjadi pemain paling digeruni lawan.

Sejak beliau digandingkan dengan Fabinho di posisi midfield, Liverpool berjaya memenangi kesemua tujuh perlawanan yang mana kedua-dua pemain ini bergandingan.

Fabinho jelas memberi ruang kepada Thiago untuk melakukan segala hal yang beliau mampu dengan mengawal tempo permainan, membuat hantaran-hantaran berkualiti, mematikan serangan lawan dan turut menjadi otak kepada jentera serangan Liverpool.

Ketika aksi bertemu West Brom, Thiago jelas mendominasi sepenuhnya bahagian tengah padang, dan beliau sekali lagi melakukan hal yang sama ketika aksi bertemu Burnley.

Thiago Alcantara mencatatkan 105 sentuhan, 88% ketepatan hantaran, melakukan lima hantaran bola jauh yang berjaya dan turut cemerlang melakukan tiga gelecekan yang sempurna.

Seandainya beliau mengekalkan rentak permainan yang sama seperti ini, tidak mengejutkan Liverpool bakal mudah menewaskan Crystal Palace untuk aksi di Anfield nanti.

3) Andrew Robertson kembali menunjukkan taringnya.

Ketua pasukan Scotland itu kembali menjadi nadi penting dalam sistem serangan Liverpool selepas mencatatkan dua assists dalam aksi bertemu Burnley ini.

Beliau turut bermain dengan cemerlang sepanjang perlawanan ini dengan membantu jentera serangan dan mengawal kemas bahagian pertahanan.

Assists pertama beliau adalah ketika mengumpan bola untuk Firmino meledak gol pertama Liverpool, manakala assists keduanya pula hadir ketika beliau bijak membuka ruang untuk Oxlade Chamberlain menjaringkan gol ketiga the reds.

Robertson jelas menunjukkan aksi permainan yang sangat menakjubkan dalam perlawanan ini dengan mencipta empat peluang, melakukan 92 sentuhan, 81% ketepatan hantaran dan memenangi tiga dari empat perebutan bola di udara.

Beliau merupakan nadi penting yang membantu Liverpool untuk bangkit selepas melalui detik yang sukar pada awal tahun lalu.

3) Rhys Williams perlu perbaiki persembahan

Rhys Williams sekali lagi menunjukkan aksi permainan yang agak rapuh dalam perlawanan ini dengan beliau beberapa kali terperangkap dengan bola tinggi dari Burnley.

Aksi babak pertama jelas menunjukkan kegopohan beliau dengan Williams sering teragak-agak dalam membuat penilaian dan keputusan ketika dalam usahanya untuk bertahan.

Tidak dinafikan beliau menunjukkan peningkatan ketika aksi babak kedua permainan dengan berjaya menggagalkan beberapa siri serangan dari pasukan tuan rumah.

Untuk seseorang pemain muda seperti beliau yang diserap masuk ketika waktu kritikal seperti Liverpool lalui sebelum ini, tidak begitu banyak yang boleh diharapkan darinya.

Pertahanan berusia 20 tahun itu pada musim hadapan berkemungkinan akan dihantar semula untuk beraksi bersama skuad bawah 23 tahun dan mungkin juga akan dipinjamkan sementara kepada pasukan lain.

Namun begitu, andai beliau terus menunjukkan peningkatan dan mempamerkan aksi permainan yang lebih matang, tidak mustahil untuk peminat melihat Williams masih kekal dalam skuad the reds pada musim hadapan.

Beliau telah menunjukkan yang dirinya mampu untuk bermain dipentas yang besar dengan yakin walau kerap juga melakukan kesilapan, namun di usianya yang muda, perjalanan Williams sebenarnya masih panjang.

5) Satu lagi kemenangan untuk menjamin tempat ke Champions League musim hadapan

Kemenangan hari ini telah melonjakkan Liverpool ke kedudukan keempat dalam carta liga, dengan mereka ketika ini memiliki kutipan mata yang sama dengan Leicester, namun mempunyai kelebihan dari segi jaringan.

Kemenangan bertemu Palace sudah tentu akan memberi kelegaan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp dan ia sepertinya sudah mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pentas saingan liga Juara-juara musim hadapan.

Hal ini kerana, Leicester City sedang ketinggalan dari segi kutipan gol dengan Liverpool mempunyai kelebihan empat gol berbanding mereka, dan agak sukar untuk anak-anak buah Brendan Rodgers menewaskan Spurs dengan kelebihan lebih dari lima gol.

Seandainya kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan, mereka bakal mengumpul jumlah kutipan mata yang sama, dan perbezaan jaringan akan diambil kira.

Tottenham sendiri tentunya mahu mencatat kemenangan dek kerana mereka dalam usaha untuk beraksi di pentas Europa League musim hadapan.

Jadi selain menang, Liverpool tiada pilihan lain untuk mara ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.

Dengan kelebihan beraksi di halaman sendiri dan kembalinya para penonton, aura Anfield akan membantu Liverpool untuk mengganas di gelanggang keramat mereka itu.

Tidak dilupakan, Chelsea juga perlu mencatat kemenangan untuk mara seandainya kedua-dua Leicester dan Liverpool turut menang.

Ia kerana seandainya The Blues keciciran mata dan kedua-dua Liverpool dan Leicester mengutip tiga mata penuh, maka Chelsea bakal jatuh ke kedudukan kelima dalam carta liga.

Begitulah lima hal berkait pertemuan Liverpool bertemu Burnley yang boleh dijadikan sebagai ibrah demi kelangsungan kelab selepas ini.

Ibrah tu bukanlah Ibrahimovic tetapi Ibrah adalah iktibar atau pengajaran. Kata ibrah (ΨΉΨ¨Ψ±Ψ©) berasal dari `abara – ya`buru – `abratan wa `ibratan yang pada asalnya berarti menyeberang dari satu tepi sungai ke tepi yang lain yang ada di seberangnya.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.